Totti: “Ayah Meninggal Kerana Covid, Isteri Saya Pula Main Kayu Tiga”

Francesco Totti kini bergelut dengan tekanan mental dan mendapatkan bantuan pakar untuk keluar daripada masalah depresi tersebut.

Sebelum ini Totti mendedahkan bahawa isterinya yang sudah dikahwininya 20 tahun, curang kepadanya ketika mereka masih berkahwin. Totti menepis dakwaan bahawa dia terlebih dahulu menemui wanita lain, iaitu teman wanitanya yang baru sekarang iaitu Noemi.

Sebaliknya dia mendedahkan gadis itu adalah orang yang banyak membantunya untuk memujuk hatinya bagi melupakan isterinya.

Totti berkata: “Terdapat khabar angin pada masa lalu, mengenai dia dan saya. Tetapi ia benar-benar khabar angin,” sambungnya.

“Inilah buktinya. Fakta. Dan itu membawa kepada kemurungan. Saya tidak boleh tidur langsung. Saya berpura-pura tiada apa-apa yang tak kena, tetapi saya bukan lagi diri saya, saya adalah orang lain. Saya dapat mengatasinya terima kasih kepada Naomi.”

“Kami pernah lepak sebagai kawan. Kemudian, selepas Tahun Baru, ia menjadi cerita seterusnya. Ilary dating dengan lelaki lain sebelum cerita saya dengan Naomi timbul.”

Pada bulan Julai disahkan mereka telah berpisah, dengan kenyataan daripada Totti berbunyi: “Selepas 20 tahun bersama, hubungan saya dengan Ilary telah berakhir dengan sedih sekali.”

“Semua yang saya katakan dan lakukan sejak beberapa bulan lalu adalah untuk melindungi anak-anak kami, yang dan akan sentiasa menjadi keutamaan mutlak dalam hidup saya.”

“Saya cuba mengatasi krisis dalam perkahwinan kami, tetapi hari ini saya sedar perpisahan adalah pilihan terbaik – walaupun menyakitkan – tidak lagi boleh dielakkan.”

“Saya akan terus bersama sama dengan Ilary dalam membesarkan tiga anak kami yang mengagumkan, sentiasa menghormati isteri saya.”

Totti: Ayah saya meninggal dunia, isteri saya pula main kayu tiga

Seterusnya satu lagi perkara yang menyayat hati tentang Totti. Kerana ternyata dia mengetahui isterinya kantoi ketika dia masih berkabung dan meratapi pemergian ayahnya.

Totti berkata: “Saya kehilangan ayah saya kerana covid dan isteri saya tiada di sisi saya masa tu. Kemudian saya memeriksa telefonnya untuk mengesahkan [bahawa dia memang curang].”

“Saya tak pernah memeriksa telefonnya selama ini dan ternyata dia bermesej dengan lelaki lain. Saya tak boleh tidur sejak itu dan berpura pura tiada apa yang berlaku.”

Totti sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia diberitahu seseorang yang dia percayai bahawa isterinya berskandal dengan jurulatih peribadi Totti sendiri.

Isterinya pada masa itu kerap ke Bandar Milan untuk berasmara dengan lelaki lain.

Menurut Totti: “Tidak benar bahawa saya adalah orang pertama yang mencurangi dia.”

“Saya kata saya tidak akan bercakap tentangnya dan tidak akan, tetapi saya telah membaca terlalu banyak penipuan dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Malah ada di antaranya yang menyebabkan anak-anak saya menderita membacanya.”

“Pada September tahun lalu, khabar angin mula sampai kepada saya: ‘Lihat, Ilary ada orang lain’.”

“Saya melihat telefon bimbitnya. Dan saya melihat ada orang ketiga, yang bertindak sebagai perantara antara Ilary dengan seorang lagi.”

“Ada benda tertulis seperti: jumpa anda di hotel.”

Setia Totti kepada isterinya ibarat setianya kepada Roma walaupun Totti mengakui dia bukan seorang yang setia dengan wanita yang level kekasih sahaja.

Sebelum ini dia pernah berkata: “Saya curang dengan semua teman wanita saya, tetapi saya tak pernah sesekali curang dengan Roma.”

Akhirnya Totti sendiri yang dikhianati isterinya.

Baca yang lain