Trippier Puji Pengadil Tarik Kad Merah: “Keputusan Tepat, Saya Tak Pernah Terfikir Nak Cederakan Sesiapa”

Kieran Trippier mempertahankan tindakannya ketika peminat City mendakwa pemain itu melakukan kekasaran bahaya yang sepatutnya diberikan kad merah.

Duncan Castles yang merupakan koresponden bola sepak Inggeris turut menganggap ianya bentesan yang layak menerima kad merah kerana kedua dua kaki Trippier berada di atas udara ketika bentesan dilakukan.

Namun begitu, menurut Trippier kesalahannya itu tidak layak menerima kad merah. Sambil menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk menyakiti Kevin De Bruyne apabila secara sinikal mengasari perancang Manchester City itu.

Pemain pertahanan Newcastle itu membentes pemain Belgium itu dengan satu bentesan terbang ke arah lutut.

Pengadil Jarred Gillett segera melayangkan kad merah, hanya untuk keputusannya dibatalkan selepas semakan VAR. De Bruyne dan rakan rakannya berang dengan keputusan pengadil.

Perlawanan berada pada kedudukan 3-3 dengan masa berbaki 16 minit apabila insiden itu berlaku, dan bos Newcastle Eddie Howe berkata: “Ia adalah detik yang besar dalam permainan. Jika kita terpaksa bermain 10 pemain, kita melihat hasil yang berbeza.”

“Saya fikir Kieran berada di atas tanah dengan kaki di udara tetapi, apabila melakukan kontak, ianya rendah. Saya tidak fikir ia berbahaya. Itulah yang menyelamatkannya daripada kad merah.”

Bintang England, Trippier memuji keputusan pengadil yang menukar warna kad daripada merah kepada kuning. Sambil menegaskan dalam kariernya, dia tak pernah sesekali cuba mencederakan pemain lain.

Trippier berkata: “Saya akan mengorbankan segala-galanya untuk pasukan saya, tetapi saya tidak akan pernah cuba mencederakan sesiapa. Saya minta maaf, tetapi saya mahu menang. Saya tidak akan mencederakan pemain lain.”

“Pengadil kemudian menukar kad merah [kepada kuning]… Motivasi kami adalah bermain sebagai juara, kami mahu berada di tempat mereka berada. Kami telah mengambil langkah besar dalam masa yang singkat, tetapi kami tidak mahu terbawa-bawa dengan diri kami sendiri.”

Trippier seterusnya mendedahkan pemain pemain Newcastle kecewa selepas melepaskan kelebihan dua gol mereka. Trippier menjelaskan bahawa Newcastle mahu duduk bersama dengan kelompok pasukan atasan seperti Man City yang beraksi dalam Liga Juara Juara Eropah.

“Kami mahu duduk dengan mereka [City] dan saya fikir kami melakukannya sepanjang perlawanan.”

“Manchester City adalah pasukan teratas dan mereka mempunyai kualiti untuk memulihkan diri mereka dalam permainan tetapi ia menunjukkan sejauh mana kami telah melangkah sejak Januari. Pemain kecewa selepas mendahului 3-1 [namun diikat 3-3], tetapi kami perlu mengambil perkara positif.’

Bos City, Pep Guardiola berkata ia ‘mungkin’ kekasaran yang sepatutnya membuatkan Trippier dibuang padang tetapi tidak mahu membantah keputusan Gillett untuk membatalkan kad merah itu.

Dia lebih bimbang dengan ketidakupayaan pasukannya untuk mengendalikan pemain sayap Newcastle Allan Saint-Maximin, yang mempunyai sumbangan dalam ketiga-tiga gol Newcastle.

“Newcastle mempunyai segala-galanya, kepantasan dan kualiti.” kata Guardiola selepas tamat perlawanan.

“Ini adalah tempat yang sukar untuk datang. Jika anda menyempurnakan serangan anda, tiada masalah, tetapi jika anda tidak menyempurnakannya, anda tidak datang ke sini untuk mengawal Saint-Maximin.”

City ketinggalan 3-1 dengan setengah jam untuk bermain tetapi Guardiola berkata dia tidak bimbang, sambil menambah: “Selepas apa yang berlaku menentang Aston Villa (pada hari terakhir musim lalu) apabila kami menjaringkan tiga gol dalam lima minit, saya boleh bergantung pada apa sahaja keadaan.”

Howe, seterusnya, memuji impak pemain terbaik perlawanan iaitu Saint-Maximin.

“Ia adalah persembahan terbaiknya sejak saya menguruskannya,” katanya.

“Dia memiliki kesemua aspek permainannya di tempat yang sangat baik. Dia ada kelajuan dan anda sendiri lihat bagaimana dia benar benar berkuasa.”

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali