Tuchel

Tuchel Anggap Chelsea Terlalu Mudah Dibuli: “Senang Nak Kalahkan Kami”

Thomas Tuchel berkata bahawa, senang untuk mana mana pasukan mengalahkan Chelsea. Dan menegaskan bahawa The Blues telah dibuli oleh Southampton pada hari Selasa dan menggesa mereka untuk menguatkan diri untuk perlawanan di tempat lawan pada masa akan datang dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

The Blues tewas 2-1 di St Mary’s walaupun Raheem Sterling membuka jaringan pada pertengahan babak pertama. Namun ianya dibalas tuan rumah dengan Romeo Lavia dan Adam Armstrong meledak untuk memberikan The Saints kemenangan pertama mereka ke atas Chelsea sejak Mac 2013.

Skuad kendalian Tuchel itu tewas dalam perlawanan kedua berturut-turut di tempat lawan, setelah dikalahkan 3-0 oleh Leeds United pada Ogos. 21, dan kini duduk di tempat kelapan dalam carta liga.

Persembahan mereka jauh berbeza daripada apa yang mereka pamerkan ketika keputusan seri 2-2 mereka dengan Tottenham Hotspur beberapa minggu lalu. Di mana The Blues cuma agak kurang bernasib baik itu tidak menewaskan Spurs dalam permainan yang cemerlang mereka pamerkan.

Sejak daripada aksi tersebut, Chelsea kehilangan N’Golo Kante akibat kecederaan hamstring dan menerima kad merah dalam dua perlawanan berturut-turut apabila Kalidou Koulibaly dibuang padang di Leeds sebelum Conor Gallagher dibuang padang ketika kemenangan 2-1 ke atas Leicester City, pada Sabtu.

Reece James juga tidak beraksi menentang Southampton kerana sakit. Tuchel teringat dengan detik selepas kemenangan 4-0 ke atas Juventus pada November 2021 apabila mereka hanya memenangi empat daripada sembilan perlawanan seterusnya dan kehilangan pemain akibat kecederaan.

“Anda tahu apa ini telah mengingatkan saya tentang apa? Mengenai Juventus musim lalu,” kata Tuchel selepas perlawanan.

“Kami bermain perlawanan hebat menentang Juventus di Stamford Bridge musim lalu. Kemudian, selepas itu kami kehilangan ‘Chilly’ [Ben Chilwell] selama lapan bulan dan N’Golo Kante selama tiga bulan dan ia sama ketika menentang Tottenham.”

“Kami mempunyai prestasi yang hebat. Selepas itu pemain utama kami mengucapkan selamat tinggal sekurang kurangnya untuk selama enam minggu – N’Golo.”

“Kemudian ada kad merah — untuk [Koulibaly], untuk Conor, kemudian Ruben [Loftus-Cheek] cedera dan Mateo Kovacic cedera untuk lapan minggu. Dia beraksi dalam pra-musim dengan kecederaan. Ini yang mengingatkan saya kepada detik itu.”

“Reece James disisihkan untuk perlawanan hari ini kerana sakit. Kami terkesan dengan kehilangan seorang demi seorang pemain utama kerana kecederaan. Saya pun tak faham.”

“Dengan tuntutan kami dan cita-cita yang kami ada, ia adalah seperti itu. Tetapi yang lebih penting, jika pemain utama ini hilang , anda perlu menunjukkan mentaliti yang berbeza.”

“Ia tidak mencukupi buat masa ini untuk menang di Leeds dan Southampton. Tidak perlu untuk rasa malu. Kami cukup merendah diri untuk menerima hakikat bahawa kami boleh kalah dalam perlawanan bola sepak.”

“Kami membencinya. Tetapi terlalu mudah untuk menolak kami keluar dari landasan, terlalu mudah untuk mereka memenangi cabaran, dan terlalu mudah mereka untuk membuli kami.”

Diminta untuk menjelaskan kedua-dua gol, Tuchel berkata: “Pertahanan yang lemah. Apa yang menghalangnya? Mentaliti sejati. Hentikan dengan mentaliti bertahan [sebenar].”

“Tiada apa yang hebat dalam persembahan kami, tidak perlu membenarkan lawan melakukan percubaan. Tidak perlu. Cukup hanya dengan menguatkan diri sebagai satu pasukan dan tunjukkan mentaliti berbeza, itu penilaian saya hari ini.”

“Saya tidak suka bercakap mengenainya secara normal kerana anda tidak boleh membuktikannya dengan data, seperti kedudukan badan atau kedudukan taktikal di dalam padang. Ianya macam  ni, kedua-dua gol adalah gol mudah dan gol yang ‘soft’ dan tidak sepatutnya berlaku jika anda menjangkakan untuk memenangi perlawanan Liga Perdana Inggeris pada waktu petang di stadium tempat lawan. Anda perlu lebih keras daripada itu.”

“Ianya sangat mudah untuk [pasukan lawan] membuli kami.”

Baca yang lain