TV3 Melaporkan Coutinho Kantoi Suruh Pemain Muda Berhenti ‘Warming Up’

Phillipe Coutinho telah membuatkan staf kejurulatihan Xavi bengang.

Ini selepas bekas pemain Liverpool itu dengan selamber meminta Sergi Roberto dan Ansu Fati berhenti memanaskan badan kerana ianya tidak perlu.

Coutinho berbuat begitu ketika latihan di Bailados. Ianya selepas Coutinho merasakan bahawa warming up sikit sikit dah la.

Laporan oleh TV3 di Sepanyol menyatakan bahawa Coutinho telah membawa pengaruh yang tidak baik kepada pemain pemain lain terutama sekali pemain muda.

Laporan yang sama menyebut, para pemain Barcelona sebelum ini seringkali menyembunyikan perangai buruk Coutinho daripada umum. Namun kini mereka tidak mahu memberikan sebarang komen tentangnya.

Coutinho sudah lama tidak begitu bersemangat di Barcelona selepas kelab beberapa kali cuba menjualnya. Namun usaha itu gagal kerana tanda harga yang terlalu tinggi.

Xavi Hernandez awalnya dilihat bakal memberikan kepercayaan kepada Coutinho. Tetapi sikap pemain itu akan membuatkan dia akan tersisih daripada perancangan pasukan. Dengan beberapa pemain muda lain sudah bersedia merampas tempat.

Kontrak semasa Coutinho akan berakhir pada 2023. Dan Barcelona masih lagi cuba mencari pembeli kepada pemain itu. Lebih lebih lagi pemain itu menerima gaji EUR8.6 juta semusim.

Walaupun dia beraksi hambar dan tidak banyak minit musim ini, agak mengejutkan kerana Tite masih memanggilnya ke kem Brazil. Tite awalnya mencicirkan nama Vinicius Jr daripada senarai berbanding Coutinho. Pengendali itu kemudian memanggil Vinicius Jr selepas Roberto Firmino tidak dapat beraksi kerana kecederaan.

Coutinho tidak beraksi berdepan Colombia dan juga Argentina.

Sebelum ini Koeman cuba untuk membangkitkan semula prestasi Coutinho. Namun masih gagal dan tidak menepati sasaran pengurus.

Xavi sudah bersedia untuk bercakap sendiri dengan Coutinho tentang isu disiplin dan sudah bersedia untuk membantu pemain itu bangkit.

Xavi dikatakan faham situasi Coutinho. Dia beraksi hambar kerana tekanan yang dihadapinya secara mental.

Kini terserah kepada Coutinho untuk membuktikan dirinya berhak diberikan peluang sekali lagi.

Baca yang lain