Tweet Lama Trippier Sokong Chelsea Kembali Tular

Satu tweet lama daripada Kieran Trippier yang menyatakan sokongannya kepada Chelsea telah tular kembali. Ini gara gara pemain itu secara tak langsung ‘membantu’  kelab yang dia sokong satu ketika dahulu, Chelsea mara ke separuh akhir Piala Carabao.

Dalam tweet tersebut, pemain antarabangsa England itu dengan ringkas menulis: “Ayuh Chelsea”

Peminat peminat Chelsea mengusik pemain itu dengan jenaka bahawa dia sebenarnya sudah membantu Chelsea pada masa depan dengan memberikan 2 assist.

Dalam aksi suku akhir Piala Carabao yang berlangsung di Stamford Bridge, Newcastle gagal untuk bertahan hanya beberapa minit lagi daripada wisel penamat setelah mereka mendahului menerusi gol Callum Wilson pada minit ke-16.

Di mana Kieran Trippier yang cuba menanduk bola kepada penjaga golnya telah melakukan satu tandukan lemah. Dan bola tak sampai ke penjaga gol. Mykhailo Mudryk yang berada di belakangnya telah meluru dan merembat masuk bola pada masa kecederaan minit ke-90+2. Itu hanyalah gol ketiga pemain itu sejak menyertai Chelsea dengan yuran perpindahan yang sangat tinggi.

Gol itu telah menyelamatkan Chelsea daripada tersingkir. Dan kedua dua pasukan terpaksa bertarung menerusi penentuan penalti.

Dalam penentuan penalti, Trippier yang merupakan antara pemain yang paling boleh harap untuk tugasan bola mati seperti itu telah melakukan sepakan yang sangat teruk. Bola tersasar dan liar. Dia sendiri tahu itu hari paling teruk untuknya dalam pertandingan itu.

Chelsea melakukan penalti yang sempurna dalam kesemua 4 percubaan mereka. Dan akhirnya Matt Ritchie melakukan percubaan yang diselamatkan penjaga gol Chelsea, Petrovic.

Selepas tamat perlawanan Eddie Howe memberikan kata kata sokongan kepada Trippier. Kerana menurutnya kini, tiba masanya Newcastle pula memberikan sokongan kepada pemain itu ketika dia memerlukannya.

Trippier telah menjadi pembelian penting Newcastle sejak dia tiba dan berjaya membantu mentransformasi pasukan itu.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini dia adalah pembelian yang mentransformasi pasukan ini. Selepas memberikan banyak sekali untuk kami, sekarang giliran kami pula menyokong Kieran. Dia telah membawa kumpulan ini berganjak ke tahap yang berbeza dan menjadi pembelian yang transformatif untuk kami.”

“Dia telah menjadi denyut nadi dalam persembahan kami,” tegas pengurus Newcastle itu.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah