Tweet Ini Buat Peminat Teruja Baru Dapat Tahu Rupanya Rudiger Beragama Islam

Antonio Rudiger merupakan pemain kebangsaan Jerman. Beliau lahir 3 Mac 1993. Beliau sebelum ini bermain bersama VFB Stuttgart Dan AS Roma.

Prestasi cemerlangnya bersama AS Roma membuatkan beliau dipancing oleh pasukan Chelsea.

Namun tak ramai yang mengetahui bahawa Anthony Rudiger sebenarnya seorang muslim. Sama seperti pemain muslim yang lain seperti Paul Pogba, Mo Salah, Mesut Ozil, Sadio Mane serta Emre Can.

Semalam dengan satu post Di Twitternya, Rudiger telah membuatkan ramai teruja apabila mengetahui sebenarnya pemain bek tengah Chelsea itu adalah seorang Muslim.

Rudiger berkata: “Alhamdulillah di atas segalanya,” sambil bermesra dengan anak kecilnya.

Tweet itu turut ditweet semula oleh Mesut Ozil.

Beberapa pengikutnya ternyata terkejut apabila baru mendapat tahu akan perkara itu.

Seorang lagi pengikut beliau menyatakan bahawa di Jerman pada hari ini sudah ramai yang memeluk Islam walaupun nama mereka tidak dalam nama Arab.

Ada yang mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya kepada Antonio Rudiger. Ini kerana Hari Raya Aidilfitri sudah hampir menjelma setelah tamat bulan ramadan ini.

https://twitter.com/saleh_21nn/status/1263828257004310530?s=19

Islam di Jerman

Perancis dan Jerman menjadi dua negara dengan populasi Muslim terbesar di Eropah selain daripada

Di antara 2010 sehingga 2016, jumlah penganut Islam di Jerman meningkat daripada 3.3 juta kepada 5 juta. Peningkatan sekitar 6.1%

Di Jerman pada pertengahan 2010-2016, negara mereka menerima kira kira 670,000 pelarian. Dan 86% daripada pelarian tersebut adalah orang Muslim.

Menurut World Population Clock, agama Islam kini menjadi agama kedua terbesar di Jerman dengan 6.1% daripada rakyatnya adalah Muslim.

Faktor utama yang membawa kepada perkembangan masyarakat Islam di Jerman adalah imgirasi penduduk.

Secara keseluruhannya, Jerman sudah menerima lebih 1.35 juta pelarian termasuk 850,000 adalah Muslim. Manakala kira kira 540,000 pelarian masih menunggu diberikan status untuk menjadi warganegara.

Laporan oleh Pewforum menyatakan, pada hari ini, banyak permohonan yang ditolak kerana Jerman sudah terlalu banyak menerima pelarian. Dan sebab lain adalah, ada pelarian yang dilihat tidak menepati syarat yang ditetapkan, berbanding dengan permohonan lain yang lebih  memerlukan.

Itu antara sebab yang membawa kepada semakin pembentukan masyarakat majmuk di Jerman terutama sekali mereka yang beragama Islam.

Selain daripada faktor migran, sikap orang non muslim di Jerman yang semakin ramai tidak mahu memiliki anak juga membuatkan kadar pertumbuhan populasi Islam di Jerman semakin subur.

Semakin ramai keluarga bukan Muslim di Jerman pada hari ini memilih untuk tidak beranak ataupun hanya memiliki anak yang sedikit.

Orang Muslim pula lebih selesa untuk berkeluarga dan membesarkan anak mereka. Selain daripada beberapa faktor lain termasuk kahwin dengan orang beragama Islam serta mereka sendiri yang memeluk agama Islam selepas mengenali agama tersebut.

Oleh itu semakin ramai muda mudi di Jerman yang beragama Islam pada hari ini.

Apapun itu serba sedikit tentang komuniti Islam di Jerman. Di mana pada hari ini ramai pemain bola sepak Jerman yang beragama Islam.

Baca yang lain