Twitter Rasmi MLS Umum Kedatangan Busquets Dengan Gambar Arbeloa

Twitter rasmi Major League Soccer sedang menjadi perhatian dunia pada masa ini. Mana tidaknya, selepas mengumumkan kedatangan Lionel Messi, mereka mengumumkan pula kedatangan Sergio Busquets ke dalam liga bola sepak Amerika Syarikat itu.

Namun ianya tidak begitu baik apabila twitter rasmi itu menggunakan gambar Alvaro Arbeloa ketika mencium trofi Piala Dunia 2010.

Kesilapan itu dianggap kesilapan budak sekolah untuk sebuah akaun rasmi liga bola sepak.

Tweet tersebut membuatkan MLS menjadi mangsa troll di media sosial. Ada yang menyatakan, itulah akibatnya apabila negara Soccer cuba berjinak jinak dengan Football.

Ada yang menganggap ianya adalah kesilapan fatal dilakukan MLS. Terutama sekali pemain yang mereka gantikan dengan Busquets adalah bekas pemain Real Madrid.

Menyedari kesilapan itu MLS segera membuat tweet baharu dan menggantikannya dengan gambar yang betul, namun dengan kapsyen yang sama.

Inilah hasilnya…

Malu dengan kesilapan diri mereka, admin Twitter tersebut menerima troll tersebut dan menyatakan admin memerlukan cermin mata yang baharu kerana gambar Arbeloa dan Busquets disifatkannya hampir sama.

Dalam rantaian tweet tersebut, MLS menulis: “Kenapalah muka si Arbeloa dan Busquets ni sama kat sini. Admin perlukan cermin mata baharu ni.”

Sergio Busquets meninggalkan Barcelona dan hampir membuat persaraan. Namun dia dipujuk oleh Inter Miami untuk bergabung semula dengan Lionel Messi.

Akhirnya Busquets setuju untuk reunion dengan rakan baiknya Lionel Messi yang turut menyertai Inter Miami sebagai free agent.

Baca yang lain