UCL: Bayern Singkir PSG

Bayern Munich menewaskan PSG 2-0 di halaman sendiri pada aksi kedua peringkat 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.

Bayern Munich terus menjadi nemesis PSG dalam UCL.

Bayern menghalang PSG daripada menjuarai UCL pertama kelab itu beberapa tahun lalu, dan kini menendang mereka keluar lebih awal.

Ianya musim yang boleh dianggap gagal untuk PSG, di mana mereka tersingkir pada peringkat 16 akhir Liga Juara Juara Eropah dan Coupe de France.

Bekas pemain PSG, Choupo Moting menjadi duri dalam daging kepada pasukan lamanya itu.

Di mana dia menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-61, dan menjadikan musim ini sebagai musim terbaiknya bersama dengan Bayern setakat ini.

PSG yang menurunkan Messi dan Mbappe di hadapan, tanpa Neymar yang cedera dan disahkan akan dibedah.

Namun kedua dua pemain tersebut gagal untuk mencetak gol sekali lagi.

Dalam 2 pertemuan dengan Bayern, pasukan yang sarat bintang PSG, gagal mencetak sebarang gol.

Bayern menambah gol kedua lewat perlawanan menerusi pemain gantian iaitu Serge Gnabry.

Gol yang sekaligus mematikan sisa sisa perjuangan PSG.

Beberapa bulan lalu, Kylian Mbappe menyatakan bahawa misi utamanya adalah cuba membantu kelab dari bandar kelahirannya itu untuk menjadi juara eropah.

Itu adalah alasan utamanya untuk terus kekal di PSG dan membuat pusingan u daripada menyertai Real Madrid.

Nampaknya kini dia terus melanjutkan lagi penantian yang kelihatan terus menjadi penyeksaan buat dia dan penyokong PSG.

Pemilik PSG seperti yang diketahui, sangat obses mahukan UCL. Nasser Al Khelaifi telah memecat pengurus pengurus terdahulu akibat gagal memenangi UCL.

Bayern terus menghantui Lionel Messi. Messi memiliki rekod yang tidak begitu elok menentang kelab gergasi Jerman tersebut.

Sementara itu, Bayern seolah olah melakukan amalan rutin mereka mara ke suku akhir UCL berbanding dengan PSG.

Baca yang lain