UCL: Newcastle Tibai PSG 4-1, St James’ Park Jadi Tapak Pesta

Newcastle United berjaya mengejutkan pasukan serba bintang PSG dalam aksi kedua peringkat kumpulan F Liga Juara Juara Eropah.

Newcastle dianggap kuda hitam atau dark horse dalam kumpulan maut ini yang turut dihuni AC Milan dan Borussia Dortmund selain PSG sebagai pasukan pilihan utama.

Newcastle mendahului menerusi Miguel Almiron. Segalanya bermula daripada kesilapan Marquinhos yang melakukan hantaran lemah dan dipintas Bruno Guimaraes yang terus mencari Isak.

Percubaan deras Isak ditepis Donnarumma namun Almiron berada di tempat dan waktu yang tepat untuk melakukan susulan dan masuk.

Minit ke-27, Pope hampir diboloisi namun percubaan Ramos terbias pada Lascelles.

PSG terus buntu dalam usaha mencari gol. Kylian Mbappe tidak begitu bermaya kerana ruang ditutup rapat.

Akhirnya Newcastle yang mencetak gol kedua menerusi Dan Burn. VAR dan teknologi pengesan ofsaid separa automatik digunakan untuk mengesahkan gol ini.

PSG cuba meningkatkan lagi tempo pada separuh masa kedua. Namun mereka sekali lagi dihukum oleh Sean Longstaff yang menerima hantaran Trippier dan terus merembat masuk pada minit ke-50.

PSG mendapat pertama yang dilihat bakal mencetuskan kebangkitan kepada pasukan juara Perancis itu. Lucas Hernandez berjaya menjaringkan gol pada minit ke-56.

Newcastle kemudian memperkemaskan pertahanan mereka. PSG terus sukar mendapatkan sebarang gol tambahan.

Mereka malah dibolosi sekali lagi menerusi gol keempat oleh Fabian Schar yang merembat masuk hantaran mudah Murphy. Schar sebenarnya sedikit kehilangan keseimbangan badannya namun berjaya menghasilkan lencongan yang menewaskan Donnarumma.

Ianya malam penuh kegilaan di St James’ Park dengan legenda sepanjang zaman kelab, Alan Shearer turut kelihatan takjub dengan apa yang berlaku.

Luis Enrique dan Mbappe pula terus lemas dan tergamam seolah olah terkeliru dengan apa yang mereka sedang lalu. Sama ada ianya mimpi atau realiti.

Tamat perlawanan Newcastle 4 PSG 1. Ianya kemenangan bersejarah untuk kelab Newcastle. Dan tidak keterlaluan dikatakan sebagai kemenangan paling bersejarah Newcastle dalam aksi Eropah.

PSG lumat dibantai Newcastle dengan Mbappe terus meninggalkan padang dalam keadaan tidak mampu berkata apa apa.

Pastinya akaun Twitter Ligue 1 menjadi mangsa troll selepas mereka menyindir Liga Inggeris ketika Lens menewaskan Arsenal.

Dengan keputusan seri antara Borussia Dortmund dan AC Milan bermakna Newcastle kini menjadi pendahulu kumpulan F.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah