UEL: Arsenal, Bodo Satu Kumpulan

Arsenal dan Manchester United kedua-duanya perlu mengharungi beberapa ujian getir untuk mara ke fasa kalah mati Liga Europa UEFA musim ini.

The Gunners diletakkan dalam Kumpulan A dalam undian Jumaat bersama PSV Eindhoven, Bodo/Glimt dan FC Zurich, manakala United diletakkan dalam Kumpulan E bersama Real Sociedad, Sheriff dan Omonoia.

PSV sudah pastinya dijangka akan menjadi lawan paling sukar Arsenal. Mereka telah menjadi juara Belanda sebanyak 24 kali dan hanya ketinggalan dua mata di belakang Ajax musim lalu.

Pemain PSV Eindhoven pernah mencatat sejarah gemilang pada 2007 di mana mereka menyingkirkan Arsenal daripada Liga Juara-Juara Eropah. Dan itulah kali terakhir kedua-dua kelab bertembung antara satu sama lain

Tetapi skuad kendalian Mikel Arteta tidak seharusnya memandang rendah pasukan Bodo dari Norway, yang membelasah Roma kendalian Jose Mourinho 6-1 pada peringkat kumpulan Liga Persidangan Europa musim lalu.

Sementara itu, FC Zurich telah pun menyingkirkan dua pasukan Inggeris daripada Liga Europa daripada kempen musim ini — selepas menghantar Linfield dari Ireland Utara dan Hearts dari Scotland bungkus pada pusingan kelayakan.

Dalam kumpulan yang sama dengan Manchester United, ada Real Sociedad yang turut menjadi ancaman buat United. Ini kerana rekod United berdepan dengan lawan dari Sepanyol agak goyah dalam kempen UEL.

Namun begitu, Man United telah menentang Sociedad empat kali dalam dekad yang lalu tanpa melepaskan satu gol pun.

Sheriff dari Moldova berharap dapat mencetuskan satu lagi kejutan Eropah selepas menewaskan Real Madrid 2-1 di Santiago Bernabeu pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara tahun lepas.

Omonoia pula dianggap pasukan paling lemah dalam Kumpulan E. Kelab Cyprus, yang dikendalikan oleh bekas bos Celtic, Neil Lennon, menduduki tempat ketujuh dalam liga domestik mereka musim lalu tetapi layak ke Eropah dengan memenangi Piala Cyprus.

Berikut adalah keputusan penuh undian peringkat kumpulan Liga Europa UEFA 2022/23

Kumpulan A

Arsenal, PSV Eindhoven, Bodo/Glimt, Zurich

Kumpulan B

Dynamo Kyiv, Rennes, Fenerbahce, AEK Larnaca

Kumpulan C

Roma, Ludogorets, Real Betis, HJK Helsinki

Kumpulan D

Braga, Malmo, Union Berlin, Union Saint-Gilloise

Kumpulan E

Manchester UnitedReal SociedadFC Sheriff, Omonoia

Kumpulan F

Lazio, Feyenoord, Midtjylland, Sturm Graz

Kumpulan G

Olympiakos, Qarabag, Freiburg, Nantes

Kumpulan H

Red Star Belgrade, Monaco, Ferencvaros, Trabzonspor

Baca yang lain