UFC249: Justin Gaethje Tewaskan Ferguson Dengan Tumbukan TKO! Saksikan..

UFC kembali semula dengan acara pay per view – UFC 249 dari VyStar Veterans Memorial Arena di Jacksonville, Florida.

Kad utama untuk UFC 249 adalah pertembungan di antara Tony Ferguson bertemu dengan Justin Gaethje dalam kelas lightweight untuk merebut bengkung kejuaraan interim.

Ferguson pada asalnya dijadualkan bertemu juara bertaha Khabib Nurmagomedov ketika acara dijadualkan pada 18 April di Brooklyn.

Tetapi kekangan masa dan sekatan perjalanan yang disebabkan oleh wabak menyebabkan aksi itu ditunda dan dipindah.

Nurmagomedov menarik diri dan memberikan peluang keemasan kepada Justin Gaethje.

Dana White menyatakan beliau berbangga kerana dapat merealisasikan pertarungan kali ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Pusingan pertama

Ferguson dan Cejudo memulakan pertarungan dengan berhati hati. Namun Gaethje berjaya mencuri satu tumbukan ke atas Ferguson.

Ferguson kemudian menjadi lebih ofensif. Gaethje sekali lagi berjaya mencuri tumbukan ke arah muka Ferguson.

Ferguson terus menyerang dan Gaethje melepaskan satu tendangan deras.

Tony melepaskan satu tumbukan pada minit akhir dan cuba melakukan high kick, tetapi tak kena.

Pusingan kedua

Tony Ferguson terus melepaskan tumbukan ke arah Gaethje.

Gaethje tenang menyerap asakan lawannya. Dan pertarungan pusingan kedua menjadi seimbang dengan kedua duanya berbalas serangan.

Beberapa siri upercut dilepaskan. Dan kedua duanya berjaya menghinggapkan uppercut di lawan masing masing.

Gaethje banyak menggunakan low kick dalam pusingan ini.

Tetapi sebelum siren dibunyikan Gaethje hampir sahaja KO, dengan satu uppercut daripada Tony, ngam ngam pusingan pun ditamatkan.

Pusingan ketiga

Pusingan terbuka, tetapi Tony Ferguson ditumbuk di bahagian mata dan membuatkan mata sebelah kanannya bengkak.

Tony sekali lagi cuai, dan membuatkan mata sebelah kirinya pula terkena tumbukan daripada Gaethje.

Menyedai Gaethje memiliki kelebihan Tony terus melancarkan serangan dan dia terkena tumbukan kuat di sebelah kiri.

Ferguson terpaksa menahan beberapa siri serangan daripada lawannya.

Tapi kekentalan Tony Ferguson memang padu wei. Dia kekal bertahan dan tidak tersungkur.

Gaethje jelas di hadapan kerana lawannya berdarah terkena dengannya dalam pusingan ini.

Pusingan keempat

Ferguson memang kental. Dia menerima lebih banyak serangan daripada Gaethje.

Ferguson tidak ada peluang untuk menggunakan senjata utamanya iaitu siku.

Gaethje melepaskan satu sepakan yang membuatkan Ferguson menahan kesakitan.

Ferguson berjaya mendaratkan hook ke arah Gaethje namun lawannya itu masih sangat segar.

Gaethje sekali lagi melakukan kombinasi kaki dan tangan yang membuatkan Ferguson menderita. Satu high kick Gaethje singgah di kepala Ferguson.

Pusingan kelima

Ferguson tidak ada pilihan lain selain daripada cuba melakukan KO kepada lawannya. Kerana berdasarkan kiraan mata, dia di belakang dengan jelas.

Gaethje memanipulasi tekanan pada Ferguson dan memberikan lawannya itu banyak ketidakselesaan.

Banyak tumbukan satu dua dilepaskan Gaethje. Tony terpaksa cuba melarikan diri dengan serangan Gaethje.

Gaethje melepaskan satu tumbukan yang mebuatkan Ferguson berdarah lagi. Dan El Cucuy semakin keletihan.

Gaethje menumbuk Ferguson dengan kuat dan Ferguson menggelengkan kepalanya menahan kesakitan. Pengadil meneruskan pertarungan, kemudian Gaethje melepaskan tumbukan yang membawa kepada TKO.

Pengadil menamatkan pertarungan.

Gaethje juara interim!

Siapa sangka underdog Justin Geathje menewaskan Tony Ferguson dengan aksi sangat dominan.

Ferguson awalnya agak koyak dan emosi tak dapat menerima keputusan pengadil menghentikan pertarungan.

Ferguson menepis dan menolak tangan Gaethje yang mahu berjabat tangan.

Namun selepas beberapa minit, Ferguson pergi ke arah Gaethje dan berjabat tangan.

Kemenangan ini bermakna Justin Gaethje memakai bengkung kejuaraan interim. Beliau akan berhadapan dengan Khabib Nurmagomedov untuk kejuaraan sebenar selepas ini.

Namun Gaethje membaling bengkung interim itu dan berkata: “Aku nak pakai bengkung yang sebenar.”

Lihat kembali momen TKO itu:

https://twitter.com/i/status/1259349246521880577

Baca yang lain