Uncle Kentang Offer Bas Kahwin Sewa RM70

Uncle Kentang ataupun Kuan Chee Heng memang terkenal dengan kemurahan hatinya membantu orang yang memerlukan.

Telah banyak kebajikan dan amal yang dibuat oleh beliau sebelum ini.

Terbaru Uncle Kentang telah menawarkan perkhidmatan bas untuk kegunaan pengantin baru yang mahu berkahwin.

Beliau menyatakan projek ini adalah hasil kerjasama beliau dengan rakannya yang juga pemandu bas.

Oleh itu beliau meletakkan jarak paling maksimum adalah 50 KM di sekitar Puchong.

Tawaran sewa untuk bas tersebut sangat rendah iaitu RM70.

Uncle Kentang mengumumkan perkara tersebut menerusi laman Facebook beliau.

“Tawaran saya kepada anak anak puchong. Bas RM70.”

“Kalau buat majlis kahwin, bersanding, kepada pakcik pakcik yang nak kahwin selepas duda, mana mana ibu tunggal yang nak kahwin lagi, tapi ekonomi kurang, dan ada pulak ramai nak ikut persandingan.”

“Tak ada transport, tak ada duit nak sewa bas?”

“Saya offer bas RM70 sekali sewa kerana bayar bas driver dan belanja lah bas driver nasi minyak.”

“Hanya terbuka kepada anak – anak puchong, janda Puchong, bapak tunggal Puchong yang akan berkahwin tapi tak cukup modal nak sewa bas untuk rombongan.”

“Bas ini hanya boleh di gunakan dalam kawasan 50 km dari puchong. Supaya pemandu tak letih.”

Kalau nak kahwin dan perlu bantuan bas, call 018-2683999. Hanya untuk warga puchong sahaja.

Tindakan Uncle Kentang itu dipuji oleh ramai pengikutnya di media sosial.

bagi mereka apa yang dilakukan oleh uncle Kentang sangat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Lebih-lebih lagi pada ketika ini semua kos untuk berkahwin semakin tinggi.

Baca yang lain