Undian Semula, Real Lawan PSG — Perez Bengang Dengan UEFA Yang Bangang

Presiden Real Madrid, Florentino Perez bengang dengan undian Liga Juara Juara Eropah pada kali ini.

Di mana undian semula terpaksa dibuat selepas kesilapan teknikal pada undian pertama.

Selepas undian semula, inilah hasilnya:

Red Bull Salzburg vs Bayern Munich

Sporting vs Manchester City

Benfica vs Ajax

Chelsea vs Lille

Atletico Madrid vs Manchester United

Villarreal vs Juventus

Inter Milan vs Liverpool

PSG vs Real Madrid

Undian pada kali ini sangat teruk dan ramai yang menganggap ia adalah undian paling gila pernah mereka saksikan.

Bagaimana organisasi sebesar UEFA boleh melakukan kesilapan bodoh seperti yang mereka lakukan semalam.

Masalah timbul melibatkan bola undian Manchester United. Di mana United awalnya diundi berdepan dengan Villarreal yang merupakan sekumpulan dengan mereka. Dna sudah tentunya ianya tidak sah.

Selepas itu, keadaan menjadi semakin teruk apaila cabutan seterusnya menyaksikan tiada bola Manchester United pula dalam undian melibatkan Atletico Madrid.

Atletico melakukan bantahan kepada UEFA. Di mana Atletico awalnya diundi berdepan dengan Bayern Munich. Villarreal turut setuju menyokong undian semula atas semangat intergriti.

UEFA cakap UEFA tasalah

UEFA dalam kenyataannya menyalahkan pihak ketiga yang membekalkan perisian kepada mereka. Sekali lagi menunjukkan semangat ‘UEFA tak pernah salah’.

Real Madrid pada awalnya diundi berdepan dengan Benfica. Namun pada undian kedua terpaksa berdepan dengan pasukan Paris St Germain yang lebih kuat.

PSG dianggap lawan paling kuat dari balang 2 – melibatkan naib juara kumpulan.

Real Madrid akan berhadapan dengan Lionel Messi dan rakan rakannya. Di mana Messi memiliki sejarah gol yang banyak dalam el clasico. Messi merupakan pemain lawan yang paling banyak menembusi gawang Real Madrid di dalam el clasico.

Kini Messi akan bergandingan pula dengan Sergio Ramos untuk berdepan dengan Real Madrid.

Ramos menganggap undian kali ini janggal kerana dia terpaksa berdepan kelab kesayangannya. Ramos bermain di Real Madrid selama 16 tahun sebelum meninggalkan mereka pada musim lalu secara percuma.

Ramos bagaimanapun memberikan jaminan bahawa dia akan sanggup mati mempertahankan PSG ketika berdepan dengan Real Madrid nanti.

“Jujurnya saya tak suka berdepan dengan Real Madrid. Namun nasib ni kita tak dapat jangka.”

“Saya akan mempertahankan pasukan saya dan sanggup mati demi PSG,” ikrar kapten paling berjaya untuk Real Madrid dalam sejarah UCL.

Selain daripada Messi PSG ada Mbappe yang berada dalam prestasi terbaiknya ketika ini.

Mbappe turut dikaitkan dengan Real Madrid pada musim hadapan.

Florentino Perez yang sebelum ini menuduh UEFA sebagai korup dan tidak cekap, menjadi alasan kenapa Perez mahu menubuhkan Liga Super Eropah.

Perez ketika itu berkata: “UEFA adalah simbol monopoli, namun mereka harus lebih transparen. Kita mahu menyelamatkan bola sepak untuk 20 tahun akan datang, kini bola sepak berada dalam keadaan sangat bahaya.”

Kem Real Madrid menuduh undian kali ini sebagai satu komplot dan skandal. Kerana mereka terpaksa berhadapan dengan lawan yang lebih kuat selepas undian semula.

Presiden mereka dikatakan tidak gembira dengan UEFA. Dan memang Perez sentiasa tak suka dengan sikap UEFA. Kali ini UEFA melakukan ‘own goal’ pula.

Perez dijangka akan mengemukakan bantahan ke atas undian ini. Paling tidak pun Perez akan keluar mengecam UEFA secara terbuka seperti biasa.

Undian kedua juga menjadi isu apabila UEFA mengumumkan bahawa Villarreal tidak boleh berhadapan dengan Liverpool. Ramai yang meminta penjelasan.

Namun begitu UEFA sudah mengesahkan bahawa undian kedua adalah rasmi dan telus.

Baca yang lain