United Nekad Mahu Jual Bailly & Wan Bissaka — Maguire Kekal Menjadi Nadi Penting Pertahanan United

Manchester United dilaporkan sudah nekad untuk menjual Eric Bailly dan juga Aaron Wan Bissaka.

Kedua dua pemain akan disenaraikan dalam senarai jual untuk dibida kelab lain.

Bagi Wan Bissaka, Manchester United seperti dilaporkan sebelum ini, mereka tidak akan menerima tawaran yang lebih rendah daripada  £40 juta yang dianggap satu angka tawaran paling munasabah.

Ini mengambil kira pemain itu dibeli dengan nilai £50 juta sebelum ini.

Wan Bissaka tidak menepati taktikal Ten Hag

Pengurus berusia 52 tahun itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan corak permainan pemain pertahanan itu. Beliau menganggap Wan-Bissaka tidak sesuai dengan taktikalnya yang memerlukan bek sisi yang progresif seperti mana Kyle Walker di Man City dan juga Trent Alexander Arnold di Liverpool.

Itulah sebabnya Ten Hag merancang untuk melepaskannya pada musim panas ini dan mencari pemain bek sisi ofensif yang baharu untuk dibawa masuk.

Laporan yang sama menyebut, Manchester United mahu segera menjual pemain itu kerana memikirkan soal baki kontraknya yang akan mempengaruhi nilai pasaran pemain itu.

Man United mahukan harga sekurang kurangnya GBP 40 juta untuk Aaron Wan Bissaka

Namun begitu, Man United tidak akan menjual murah pemain itu. Mereka sedia meminjamkan pemain itu terlebih dahulu dengan klausa pembelian tetap dimasukkan. Ini untuk membolehkan mereka mendapat bayaran yang mereka mahukan.

Kerana United yakin Wan Bissaka akan mampu menjadi pemain yang menyerlah di dalam pasukan lain.

United meminta sekurang kurangnya £40 juta untuk kelab yang mahukan Wan Bissaka.

Wan Bissaka dikenali dengan gaya permainannya yang agak klasik. Di mana dia suka bertahan dengan lasak dan membentes lawannya dengan segera.

Gaya permainan itu tak sesuai untuk pasukan yang cuba bermain dengan garisan tinggi.

Selain itu Wan Bisssaka dilihat tidak mempunyai kreativiti ataupun variasi hantaran berkualiti yang baik.

Eric Bailly tak menepati standard Man United

Masa depan Eric Bailly juga  boleh dikira sudah tamat di Man united. Pemain yang seringkali memberikan 100% di atas padang. Namun itu masih belum cukup.

Krisis kecederaan dan kecergasan yang ada pada Bailly membuatkan Man United merasakan sudah tiba masanya untuk mereka menyingkirkan nama Bailly daripada senarai pasukan mereka.

Bek tengah yang dianggap prospek cerah ketika dia dibeli, namun tidak pernah benar benar menikmati musim yang bagus secara konsisten.

 

Jadi, Harry Maguire masih lagi menjadi nama penting dalam pasukan Man United pada musim hadapan. Situasi Varane agak rumit. Memang dia dibawa untuk dijadikan gandingan utama dengan Maguire.

Namun isu kecergasan menjadi isu yang akan dinilai oleh United dari semasa ke semasa. Dengan United dijangka akan mencari bek tengah baharu yang berkualiti.

Walaubagaimanapun, Ten Hag dikatakan sedia merombak captaincy pasukan Man United. Dia sedang mempertimbangkan beberapa nama untuk menjadi ketua pasukan baharu Man United termasuk Bruno Fernandes, David De Gea dan juga Cristiano Ronaldo.

Namun itu bukan bermakna Maguire akan dilucutkan jawatannya. Kerana dia pun masih dalam senarai calon.

Selain daripada dua nama tersebut, Wan Bissaka dan Bailly — nama seperti Jesse Lingard, Juan Mata, Cavani dan Nemanja Matic juga akan meninggalkan kelab pada musim ini.

Pogba juga turut dijangka akan meninggalkan Man United untuk kembali semula ke Juventus.

Jika melihat kepada senarai panjang pemain yang tidak akan bermain lagi untuk United musim hadapan, nampak gayanya Ten Hag akan membina kesebelasan utama yang dibarisi ramai muka baharu.

Ten Hag yang berada di Selhurst Park pada aksi terakhir Man United, akan terus memulakan tugasannya di United.

Beliau turut dikaitkan dengan beberapa nama bekas pemainnya, termasuk Frenkie De Jong dari Barca dan juga Antony dari Ajax.

Cabaran besar menanti Ten Hag di hadapan.

Beliau sudah mengesahkan bahawa dia mahukan Ronaldo terus kekal dalam pasukan Man United.

Dan pada masa yang sama Ronaldo turut memberikan sokongan kepada Ten Hag, sambil menyeru penyokong Manchester United pun sama.

Baca yang lain