Usahawan Berpangkalan Di Malaysia Beli Tweet Pertama Pengasas Twitter Dengan ‘Lock’ Harga RM11.93 Juta

Tweet pertama pengasas Twitter Jack Dorsey ternyata berjaya menjadi lelongan besar. Ianya berjaya dijual dengan harga US $ 2.9 juta ataupun kira kira RM11.93 juta  kepada seorang usahawan yang berpangkalan di Malaysia yang memenangi bidaan tersebut.

Tweet itu, yang hanya berbunyi “baru je menyiapkan twttr saya” ketika pertama kali muncul pada 21 Mac 2006, dilelong oleh Dorsey untuk tujuan amal.

Ahli perniagaan yang berpangkalan di Malaysia Sina Estavi mengatakan membeli tweet sulung pengasas Twitter itu sama nilainya seperti mendapatkan lukisan Mona Lisa.

Pembelian tweet melalui lelongan tidak menggunakan wang konvensional, tetapi dengan cryptocurrency, yang merupakan saingan kepada bitcoin.

Instrumen pembayaran adalah menerusi NFT – dalam lelongan yang berlangsung pada  Isnin lalu. Estavi adalah Ketua Pegawai Teknologi untuk syarikat Oracle Bridge.

NFT adalah sijil digital unik yang mengesahkan pemilik foto, video, atau bentuk media dalam talian yang lain. Dan setiap aset digital itu ada keunikan tersendiri.

NFT menjadi sangat popular tahun ini di kalangan golongan kaya kerana mereka menjadikannya  medium untuk membeli karya seni digital.

Dorsey mengatakan dia akan menukar pembayaran unik itu menjadi bitcon sebelum disumbangkan kepada badan amal The Give Directly’s Africa Response.

“Ini bukan sekadar tweet,” kata Estavi di Twitter.

“Saya rasa beberapa tahun kemudian orang akan menyedari nilai sebenar tweet ini, seperti lukisan Mona Lisa,” jelasnya setelah ada pihak cuba mempertikaikan usahanya.

Tweet Dorsey dilelong di platform dalam talian bernama Valuables, yang dimiliki oleh syarikat berpusat di AS, Cent.

Menurut peraturan platform, Dorsey menerima 95% dari hasil lelongan, sementara Cent menerima 5%.

Walaubagaimanapun, tweet itu masih akan tersedia untuk umum di Twitter walaupun sudah dilelong. Dalam beberapa minit selepas pembukaan lelongan, angka tawaran telah melebihi US$88,000

Sebagai pembeli, Estavi akan menerima sijil, yang ditandatangani secara digital dan disahkan oleh Dorsey, serta metadata tweet asal.

Data ini merangkumi maklumat yang menentukan masa tweet diunggah dan kandungan teks.

Pakar media sosial meramalkan bahawa penjualan tweet dan catatan dalam talian seperti itu akan semakin popular.

“Kita hidup di era di mana selebriti, pemuzik dan pemengaruh [influencer] mempunyai lebih daripada sekadar peminat. Mereka mempunyai ‘stans’ dan mereka ingin memiliki ‘bahan’ dari bintang idola mereka,” kata Cathy Hackl, pengasas perunding teknologi Futures Intelligence Group.

“Sama seperti orang yang mempunyai cenderamata, mereka akan membeli tweet, posting, dan foto kerana mereka ingin merasa dekat dengan idola mereka.

Boleh dah korang up status status power untuk dilelong.

Baca yang lain