Valencia 4 Real Madrid 1: Tiga Penalti, Satu OG Dihadiahkan Madrid Kepada Lawan

Real Madrid gagal meraih kemenangan ketika berhadapan dengan Valencia dalam aksi La Liga.

Pasukan Zinedine Zidane malah diaibkan oleh Valencia dengan kekalahan 4-1. Kisah Real Madrid sangat tragis.

Awalnya, Real Madrid berjaya mendahului minit ke-23. Karim Benzema berjaya menembusi gawang lawan selepas menerima hantaran dari Marcelo.

Namun selepas gol itu, Real Madrid dilanda malang yang sangat teruk. Ini apabila mereka memberikan 3 penalti kepada lawan, dan ianya membuatkan Carlos Soler melakukan hatrik penalti.

Tidak setakat itu sahaja. Raphael Varane pula tertampan bola ke gawang sendiri.

Penalti pertama adalah pada minit ke-29 apabila Vasquez menampan bola dengan tangannya.

Soler gagal menyempurnakannya dengan bola ditepis Courtois. Soler kemudian cuba melakukan susulan, juga tak masuk. Tetapi Yunus Musah tiba menyambar dan bola masuk.

Namun drama VAR berlaku. Pengadil mendapati Musah sudah masuk ke kotak penalti lebih awal. Lalu pengadil mengarahkan penalti diambil semula.

Carlos Soler sekali lagi menjadi pelaksana, dan kali ini melakukan tugasnya dengan sangat baik. 1-1.

Valencia berjaya mendahului sebelum separuh masa kedua. Ini selepas Raphael Varane tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola rembatan Maxi Gomez.

Separuh masa kedua apabila Marcelo melakukan bentesan yang memberikan penalti kedua kepada Valencia.

Soler kembali melakukan tugasan itu dan sebagai pengambil sepakan penalti dan berjaya menewaskan Thibaut Courtois untuk meletakkan pasukannya 3-1 di hadapan.

Pada minit ke-63 pengadil sekali lagi memberikan penalti selepas bola terkena tangan Sergio Ramos.

Soler pun berjaya mencatatkan hatrik menerusi penalti.

Kekalahan ini meneruskan lagi permulaan kempen terumbang ambing Real Madrid musim ini. Musim pertama mereka tidak melakukan sebarang pembelian di jendela perpindahan.

Real Madrid sudah tewas dua kali dalam saingan La Liga musim ini. Baju pink Madrid terus ‘suwey’

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan