Van De Beek Upah Pakar Bina Otot Dan Latihan Ekstra Sendiri Ketika Cuti Di Kampung

Dalam bola sepak, jika pemain utama memerlukan komitmen 100% untuk mengekalkan tempat mereka, pemain simpanan pula perlu melakukan lebih daripada itu untuk cuba merampas tempat dalam skuad.

Oleh itu, ramai pemain simpanan tak akan berdiam diri sahaja. Mereka tahu, mereka perlu melakukan sesuatu. Leon Goretzka misalnya sebelum ini pernah meminta bantuan daripada pakar kecergasan Bayern untuk membantunya menjadi lebih sado.

Van De Beek dilaporkan telah mengambil langkah pro aktif untuk membantunya tampil lebih fizikal dan cergas. Di mana beliau masih berusaha mahu menjadi pemain kesebelasan utama pasukannya.

Salah satu masalah utama Van De Beek adalah isu fizikal di EPL yang jauh berbeza dengan Eredivisie. Membuatkan pemain yang dibeli Man United dengan £40 juta itu bergelut untuk memenangi tempat dalam pasukan utama secara konsisten.

Van De Beek gagal menjadi pemain utama dan hanya bermula dalam 4 aksi liga dan 15 kali masuk sebagai pemain gantian.

Lantas, Van De Beek telah melantik dan mengupah sendiri jurulatih kecergasan khas yang membantunya untuk menguruskan isu kecergasan dan membina ototnya.

Barcelona sebelum ini dikhabarkan berminat mendapatkan Van De Beek. Namun pemain itu nekad mahu terus kekal di Old Trafford dan mencabar tempat dalam kesebelasan utama.

Menurut laporan media tepercaya The Athletic, Van De Beek menghabiskan cutinya di rumahnya di Belanda sebaik sahaja disisihkan daripada skuad Euro kerana kecederaan.

Selepas dia cergas, kira kira selepas 2 minggu, Van De Beek terus masuk ke sesi latihan khas atas usahanya sendiri sebagai latihan tambahan.

Walaupun dia menggaji trainier peribadi, namun Van De Beek tetap bekerjasama dengan staf kejurulatihan di Manchester United untuk membantunya. Dia pergi ke FysioConcept, sebuah institusi pakar latihan kecergasan atlet di Amsterdam.

Di sana Van De Beek mulai melakukan aktiviti angkat berat dalam usaha menaikkan lagi kekuatan badannya.

Berdasarkan laporan, Van De Beek sudah mulai semakin lasak dan keras. Sebelum ini Van De Beek tidak melihat ini sebagai keperluan kerana cabaran berbeza di liga Belanda.

Van De Beek sedar bahawa, Man United akan menempuhi banyak perlawanan sekali lagi musim akan datang. Di mana beliau harus bersedia setiap masa.

Rakan sepasukannya turut menyedari perubahan fizikal pemain itu termasuk aksinya yang lebih keras di atas padang.

Kapten United, Harry Maguire berseloroh menyuruh Van De Beek jaga elok elok lilitan kapten ketika aksi pra musim jangan ‘stretch’ ia kuat sangat. Merujuk kepada otot bicep Van De Beek yang semakin besar.

Van De Beek ketika itu menjadi kapten untuk aksi pra musim berdepan Brentford.

Van De Beek mendapat semangat baharu untuk memasuki pasukan utama selepas Solskjaer menyatakan bahawa United akan menukar corak permainan mereka pada musim hadapan.

Ini kerana kehadiran Jadon Sancho dan Varane membuatkan mereka harus mengubah sedikit taktikal. Ianya petanda bahawa, semua pemain akan mendapat peluang sama rata bermula sekali lagi untuk memenangi hati pengurus dalam sistem taktikal baharu.

Seterusnya situasi Paul Pogba juga masih tidak menentu. Van De Beek dikatakan melihat situasi tersebut juga boleh memberikan manfaat kepadanya untuk membuktikan bahawa beliau mampu menjadi pengganti Pogba jika pemain itu pergi.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan