Van Gaal Ingatkan Barcelona: “Itulah Sebabnya De Jong Bernilai €112 Juta”

Barcelona sebelum ini dilaporkan meminta sekitar €80 juta daripada Manchester United untuk Frenkie De Jong.

Namun di mata Louis Van Gaal, Barcelona seharusnya meminta €112 juta untuk pemain tengah Belanda itu.

Frenkie De Jong menjadi nadi tengah pasukan Belanda ketika menewaskan Belgium. Dan terbaru dia menjadi pemain penting ketika Belanda menewaskan Wales dalam aksi Liga Negara Negara Eropah.

Bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal memuji prestasi pemain itu dan menyifatkan bahawa harga pemain itu seharusnya lebih daripada 100 juta euro.

Van Gaal berkata: “De Jong memberikan kualiti tambahan, itu dah tentunya. Itulah sebabnya dia bernilai €112 juta.”

Van Gaal sebenarnya merujuk kepada angka yang dikeluarkan oleh CIES Football Observatory report, yang mendakwa De Jong bernilai €112 juta.

Pastinya Manchester United berharap Barcelona tidak terpengaruh dengan kata kata Van Gaal. Sebagaimana Ten Hag tidak terpengaruh dengan kata kata pengurus Belanda itu ketika dia meminta Ten Hag menolak tawaran Manchester United.

Ini kerana menurut Van Gaal, Manchester United hanyalah kelab komersial, lalu dia mencadangkan Ten Hag mencari kelab bola sepak sebenar.

Seterusnya seorang lagi tokoh yang memuji De Jong ialah Rafael van der Vaart. Di mana dia berkata: “Ini barulah Frenkie De Jong. Frenkie yang beraksi di kelas tersendiri.”

Van Der Vaart seolah oleh menyindir pengkritik yang menganggap De Jong tak menepati tanda harganya ketika di Barcelona.

Van Der Vaart menambah: “Apabila adanya De Jong dalam pasukan ini, sistem permainan pasukan Belanda bertambah baik sekali lagi.”

“Sumbangannya ketika gol pada masa kecederaan itu bukan perkara kebetulan,” kata Van Der Vaart merujuk kepada sumbangan pemain itu ketika membantu Belanda menang pada masa kecederaan ke atas Wales.

De Jong merupakan pemain sasaran utama Erik Ten Hag di Manchester United.

Namun buat masa ini pemain itu masih mahu terus kekal di Barcelona. Tetapi situasi di Barca agak mendesak kelab itu menjual pemain itu ke Manchester United.

Memandangkan ekonomi kelab tersebut masih belum berada di tahap stabil.

Baca juga: Xavi sudah beritahu De Jong Barca nak jual dia

Pengurus Barcelona Xavi telah bercakap dengan Frenkie De Jong mengenai kemungkinan pemain itu terpaksa dijual pada musim panas ini kerana keadaan kewangan kelab Sepanyol musim panas ini, menurut laporan baharu.

Berita telah muncul bahawa Xavi telah bercakap dengan De Jong tentang kenapa kelab mahu menjualnya ketika Manchester United sedang menunggu pemain tengah itu memberikan keputusan YA kepada mereka.

Erik Ten Hag sangat berminat untuk menjadikan De Jong sebahagian penting dalam pembinaan semula United pada musim panas ini.

Barcelona turut melihat ini adalah peluang untuk mereka menjual De Jong dengan harga tinggi.

Malangnya, De Jong tidak berminat dengan tawaran itu dan menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di Barcelona kerana dia sayangkan kelab itu yang merupakan kelab impiannya dari kecil.

Dipetik dari sumber Fabrizio Romano, De Jong berkata: “Saya memilih untuk terus kekal di Barca. Saya dah kata kan sebelum ni kan? Barcelona adalah kelab impian saya.”

Ditanya tentang sama ada kelab lain ada membida atau menghubunginya, De Jong berkata: “Kontak dengan kelab lain? Saya tak nak lah bersama tentang khabar angin lagi. Saya selesa di Barcelona.”

“Selagi lagi tiada persetujuan dicapai maka tiada yang rasmi.”

Barcelona dilaporkan berdepan masalah kewangan yang kritikal sekali lagi. Walaupun mereka sudah cuba sedaya upaya menyusun atur semula perbelanjaan kelab.

Barcelona berdepan risiko gagal mendaftarkan beberapa pemain bintang mereka. De Jong berkata:

“Kelab tak beritahu saya apa apa pun? Mereka tak ada mencadangkan apa apa kepada saya.”

Sumber yang sama juga mendakwa bahawa Manchester United masih sesuai upaya cuba memastikan perpindahan De Jong ini dapat direalisasikan.

Ini kerana Man United mahu membuktikan kepada pengurus baharu Erik Ten Hag bahawa mereka serius mahu membantu pengurus itu membina pasukan kuat mengikut kehendaknya.

Ten Hag sangat mahukan De Jong pernah menjadi nadi pasukannya ketika di Ajax sebelum dijual ke Barcelona.

Ten Hag perlu menguatkan bahagian tengah pasukannya. Ini kerana Manchester United sudah kehilangan Nemanja Matic dan juga Pogba yang tak ada tanda tanda dia akan terus bersama United musim hadapan.

De Jong mengakui dia ada mendengar berita tersebut menerusi laporan media. Tetapi dia tidak menganggap ianya perkara yang sahih kerana tiada perkara yang rasmi setakat ini.

Xavi: BOD Barcelona kritik De Jong

Onze TV melaporkan bahawa, Xavi menyatakan kepada De Jong, selain daripada faktor ekonomi, Barcelona juga mahu menjual De Jong kerana BOD kelab tidak gembira dengan prestasi pemain itu yang dianggap tidak mencapai standard yang mereka mahukan sejak menyertai kelab itu dari Ajax.

Dalam erti kata lain, Xavi mahu De Jong sendiri sedar bahawa dia tidak cukup bagus untuk Barcelona.

Menurut laporan baru dari Onze Tv, “Xavi bercakap dengan Frenkie de Jong dan menjelaskan bahawa kemungkinan pemergiannya akan ditentukan oleh keadaan ekonomi. Dia juga menjelaskan bahawa lembaga pengarah Barcelona tidak begitu gembira dengan prestasi pemain itu.”

Pertemuan tersebut pastinya memberikan kesan kepada keputusan De Jong untuk kekal. Kerana pemain itu pastinya tidak menyangka bahawa Xavi akan menggunakan alasan bahawa dia tidak cukup bagus untuk Barcelona.

Selepas beraksi cemerlang dalam aksi UNL membelasah Belgium 4-1, De Jong seolah olah menyindir Xavi dan BOD Barcelona yang menuduhnya tidak cukup bagus.

Dia memuji taktikal Louis Van Gaal yang memberikannya lebih banyak ruang menerima bola.

Ia jelas sekali kenyataan yang pasti tidak akan menggembirakan Xavi.

De Jong berkata: “Di sini, dalam pasukan kebangsaan, saya bermain posisi yang lebih sesuai dengan saya.”

“Saya mahu menjadi pemain yang pertama menerima bola daripada pertahanan.”

De Jong memaksudkan bahawa dia mahukan peranan sebagai pivot utama pasukan. Di Barcelona peranan itu masih milih Busquets.

Baca Juga: 10 Pemain Termahal CIES: Mbappe Paling Tinggi, Haaland Ketiga Dan Luis Diaz Dalam Senarai

Laman penilai harga pasaran pemain CIES Football Observatory telah menyenaraikan Kylian Mbappe, Vinicius Junior dan Erling Haaland adalah tiga pemain paling berharga dalam bola sepak pada ketika ini.

Penyelidikan CIES adalah berdasarkan pelbagai ukuran seperti umur, markah kelab, tahap prestasi pemain dan inflasi.

Laporan CIES menyatakan: “Satu model statistik untuk menganggarkan nilai perpindahan pemain daripada pasukan dari lima liga utama Eropah telah dicipta daripada sampel 1,790 perpindahan berbayar yang dibuat antara Julai 2012 dan Januari 2020.

“Kaitan antara jumlah yang dibayar dan anggaran adalah lebih besar daripada 80 peratus. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah yang diambil kira menjelaskan lebih daripada empat perlima jurang dalam tahap bayaran yang dibayar untuk pemindahan yang termasuk dalam model.”

Mbappe, Vinicius, Haaland di 3 teratas

Kylian Mbappe muncul sebagai pemain paling berharga selepas musim hebat bersama Paris Saint-Germain, dengan 60 gol terlibat (39 gol, 21 bantuan) dalam 46 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

Vinicius, memenangi dua gelaran berprestij iaitu LaLiga dan Liga Juara-Juara bersama Real Madrid. Sementara itu, Haaland yang baru sahaja berpindah dari Borussia Dortmund ke Manchester City telah menjaringkan 86 gol dalam 89 perlawanan sepanjang dua tahun di Jerman.

Mbappe pemain paling mahal

Kylian Mbappe pula menarik diri daripada berpindah ke Madrid untuk menandatangani kontrak tiga tahun baharu dengan PSG bulan lalu. Dan pemain antarabangsa Perancis itu kini diletakkan nilai sekitar €205.6 juta oleh CIES.

Vinicius Jr yang beberapa tahun lalu pernah menjadi mangsa troll kerana prestasinya yang hambar telah meningkat mendadak dalam dua musim terakhir ini.

Pemain antarabangsa Brazil itu berada di tempat kedua dengan €185.5 juta.

Dia mengatasi Erling Haaland yang berada di tangga ketiga dengan nilai €152.9 juta. Angka itu lebih daripada 2 kali ganda daripada jumlah yang City bayar untuk menebus klausa pelepasannya sebanya €60 juta.

Bintang masa depan Barcelona, Pedri yang menjadi nadi pasukannya pada usia muda, telah diletakkan di tangga ke-4 dengan nilai pasarannya €135.1 juta oleh CIES.

Sementara bintang England termahal milik Jude Bellingham yang beraksi untuk Borussia Dortmund. Dia kini diletakkan nilai sebanyak €133.7 juta oleh CIES.

Ini diikuti oleh Phil Foden. Bintang muda England itu bernilai €124 juta.

Seterusnya pemain sasaran Manchester United iaitu Frenkie De Jong yang kini bersama dengan Barcelona pula memiliki nilai pasaran sekitara €112.5 juta. Maka tak hairanlah Barcelona meminta sekurang kurangnya €80 juta untuk pemain itu daripada Manchester United.

Barcelona malah masih cuba meyakinkan pemain itu untuk menerima tawaran Manchester United yang dilihat boleh membantu meringankan beban kewangan kelab.

Pemain Colombia yang beraksi untuk Liverpool, Luis Diaz juga antara nama yang tiba tiba meningkat mendadak dalam pasaran perpindahan. Dia kini bernilai €110 juta. Jauh daripada angka €45 juta yang dibelanjakan The Reds untuk mendapatkannya.

Ferran Torres melengkapkan senarai 10 pemain termahal dalam CIES dengan nilai €109.5 juta. Peminat Barca sendiri ramai yang terkejut dan tak menyangkan nama Ferran Torres pun ada:

Berikut adalah rumusan ringkas 10 pemain terbaik dalam bola sepak dunia (menurut CIES Football Observatory):

1. Kylian Mbappe (PSG) – €205.6m
2. Vinicius Junior (Real Madrid) – €185.5 juta
3. Erling Haaland (Borussia Dortmund) – €152.9 juta
4. Pedri (Barcelona) – €135.1 juta
5. Jude Bellingham (Borussia Dortmund) – €133.7 juta
6. Phil Foden (Man City) – €124.0 juta
7. Frenkie de Jong (Barcelona) – €112.5 juta
8. Luis Diaz (Liverpool) – €110.1 juta
9. Ruben Dias (Man City) – €109.6 juta
10. Ferran Torres (Barcelona) – €109.5 juta

Amacam ok tak senarai tu?

Baca yang lain