Van Gaal Sindir Pemain Yang Gagal Terpilih: “Saya Call, Mereka Masih Tidur”

Louis Vab Gaal membuat kenyataan sinis tentang beberapa pemain Belanda yang gagal terpilih ke senarai akhir 26 pemain.

Menurut Van Gaal, dia menghubungi pemain sekitar 8.30 pagi sehingga 10:00 pagi. Dan masih ramai antara pemain pemain tersebut yang masih belum bangun.

Malah ada yang masih belum berseluar. Ianya seolah olah menunjukkan bahawa pemain pemain tersebut tidak mementingkan aspek kecergasan dengan tidur yang cukup dan bangun pada awal pagi.

Dari satu sudut lain, para pemain tersebut juga dilihat tidak begitu ambil peduli sama ada mereka berjaya berada dalam senarai akhir ataupun  tidak.

Itu antara yang membezakan pemain pemain tersebut dengan pemain lain yang lebih baik.

Van Gaal memang dikenali dengan sidang media yang penuh kejutan sebagai seorang pengurus.

Van Gaal berkata: “Saya hubungi para pemain yang saya tak panggil [untuk tugasan Piala Dunia] dari 8.00 pagi sehingga 10 pagi.”

“Saya mapka pemain pemain masih berbog*l, masih terbaring atas katil, pagi ini tadi, ketika saya harus menghubungi mereka.”

Ditanya tentang sasarannya pada kali ini, Van Gaal mensasarkan menjadi juara Piala Dunia 2022.

Van Gaal berkata: “Kami ada peluang besar menjadi juara dunia. Tak ramai pengurus yang berani berkata begini, namun saya di sini nak cakap dengan kamu tentang ini.”

“Saya nak jadi juara dunia. Dan pemain pemain saya pun nak menjadi juara dunia.”

 

 

Baca yang lain