VIDEO: Ahmed Rayan Melakukan Miss Of The Season Di Piala Super Mesir

Pemain Ceramica Cleopatra, Ahmed Rayan telah menutup tahun 2023 dengan miss of the season dalam liga bola sepak Mesir.

Ini selepas dia gagal menyempurnakan peluang gol terbuka ketika menentang Pyramids. Ianya hari yang benar benar untuk dia lupakan di dalam kariernya. Dan mungkin akan memberikan impak yang besar kepadanya selepas ini.

Ia adalah peluang untuk Ahmed Rayan menjadi wira pasukannya dalam aksi penentuan tempat ketiga bagi Piala Super Mesir.

Namun ini yang berlaku pada minit ke-64, ketika dia berpeluang untuk meletakkan pasukannya di hadapan.

Ramai peminat seolah olah tidak percaya dengan kegagalan tersebut yang dianggap sebagai benar benar mengejutkan dan memalukan.

Perlawanan berakhir dengan 1-1. Di mana Ahmed Kendouci meletakkan Ceramica di hadapan minit ke-70 perlawanan.

Namun mereka diikat oleh Pyramids dengan gol penyamaan minit ke-78 oleh Mostafa Fathi.

Jika anda rasa kegagalan Ahmed Rayan gagal menyempurnakan peluang gol dan kemudian pasukannya diikat selepas mendahului, sudah cukup malang. Anda silap.

Kerana mereka terus dirundung malang dalam penentuan penalti, di mana Ceramica Cleopatra kalah 4-5 kepada lawan mereka untuk terlepas peluang menduduki tangga ketiga.

Sementara itu Al Ahly bergelar juara Piala Super Mesir selepas menewaskan Modern Future dengan skor 4-2.

Al Ahly masih lagi pasukan yang sukar dicabar oleh mana mana kelab lain di Mesir selaku kelab yang paling berjaya di negara itu.

Baca yang lain