Video: Aksi Lucas Moura vs Arsenal Yang Ada Di Setiap Ceruk Padang

Lucas Moura benar benar memberikan hari yang sukar buat pertahanan Arsenal terutama sekali Hector Bellerin dan Mustafi.

Moura turun di kesebelasan utama Spurs untuk bergandingan dengan Harry Kane dan Son Heung Min di serangan.

Pemain dari Brazil itu ternyata dalam prestasi terbaik beliau. Moura sangat bagus ketika menggelecek dan juga ketika melakukan pressing ke atas lawan.

Paling gila, Lucas Moura melakukan 10 bentesan dalam perlawanan ini.

Ia angka yang luar biasa untuk seorang pemain penyerang sayap. Beliau juga terlibat dalam 50 sentuhan bola.

Selain daripada 2 hantaran kunci dan mencipta 2 peluang keemasan buat rakannya. Malang sekali ianya tidak disudahkan.

Moura turut berpeluang melakukan percubaan ke arah gol. Rembatan deras beliau dinafikan penjaga gol Arsenal.

Dan satu lagi gerakan lincah dari halfspace beliau dihadang oleh Mustafi.

Boleh dikatakan ini salah satu aksi terbaik daripada Lucas Moura sejak menyertai Spurs selain daripada aksi separuh akhir UCL menentang Ajax.

Moura ada di mana mana sahaja di dalam padang dalam aksi derbi London Utara.

Saksikan rangkuman aksi Lucas Moura di sini:

Spurs menang 2-1 ke atas Arsenal. Spurs kini berada di tangga kelapan dan Arsenal di tangga kesembilan.

Kedua dua pasukan berusaha untuk mengejar slot Europa League selepas slot UCL boleh dikira sudah jauh dari jangkauan.

Arteta tidak dapat menyembunyikan kekecewaan beliau di atas kekalahan ini selepas tamat perlawanan dan meminta maaf kepada penyokong Arsenal.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah