[VIDEO] Aktivis ‘Self Proclaimed’ Serta Pendukung Teori Konspirasi Di Indonesia Serang Hakim

Aktivis Anti-mask ataupun anti-pelitup muka serta teori konspirasi di Indonesia, M Yunus Wahyudi telah membuka jurus kungfu untuk menyerang hakim di dalam mahkamah.

Yunus sebelum ini mengiktiraf dirinya sebagai aktivis. Dan memperjuangkan hak kebebasan serta mendakwa rakyat Indonesia pada hari ini ramai termakan dengan konspirasi tangah gelap oleh kerajaan.

Dia bertindak agresif kerana tak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Serangan itu dilakukan setelah ketua panel hakim, Khamozaru Waruwu, membacakan hukuman agar aktivis anti-pelitup muka itu dipenjara 3 tahun untuk kes di bawah akta Kuarantin Kesihatan dan Undang-Undang ITE.

Menurut Bangka Post, Yunus bukan sahaja tidak mengendahkan peraturan kesihatan dan kuarantin, dia malah seringkali menyebarkan berita palsu atau hoaks yang mempengaruhi orang ramai mempercayainya.

Di Indonesia, peraturan pemakaian pelitup muka adalah wajib di kawasan kawasan awam untuk mengurangkan penularan wabak yang sedang melanda kini.

Yunus sebelum ini menjadi viral ketika satu videonya dimuat naik di media sosial menyatakan bahawa dia sama sekali tidak percaya dengan kewujudan C 0 V I D ini dan menganggap ianya cuma agenda jahat kerajaan mahu mengawal manusia.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Daerah Banyuwangi, Yunus terus hati kering, hadir dengan tidak memakai topeng – sedangkan ianya adalah wajib. Sesekali dia tersenyum dan kemudian duduk diam ketika hakim membacakan keputusan mahkamah ke atasnya.

Ternyata Yunus tidak dapat menerima keputusan tersebut dan menimbulkan kekecohan.

Ketika hakim mahu bersurai, tiba tiba Yunus menjerit ‘Woooo’ dan melompat ke atas meja. Dia cuba menumbuk dan menendang hakim tersebut.

Yunus dikatakan tidak berpuas hati kerana tuntutannya agar perbicaraan itu disiarkan secara langsung tidak dapat dijalankan. Dia juga mempertikaikan hukuman penjara ke atasnya.

Polis tidak pasti sama ada Yunus memang merancang dari awal untuk menyerang hakim tersebut. Ataupun emosi dan kemarahannya membuatkan dia mengambil tindakan sebegitu.

Selain itu teriakan daripada penyokong penyokong Yunus ketika perbicaraan itu dikatakan memarakkan api kemarahan Yunus.

Yunus segera ditangkap oleh beberapa anggota polis dan pengawal di situ. Dia kemudian meronta ronta menjerit meminta agar dilepaskan.

Yunus pastinya akan berdepan dengan satu lagi perbicaraan selepas ini iaitu kes menyerang hakim.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, defendan segera dibawa ke penjara. Sejumlah penyokong Yunus yang berada di luar mahkamah juga diminta untuk bertenang dan bersurai.

Menurut laporan Kompas: “Defendan yang mengaku tidak mempercayai Covid – 19, telah secara paksa mengambil jenazah pesakit korona di Hospital Genteng.”

“Di samping itu, defendan juga sering membuat kenyataan di media sosial mengenai ketidakpercayaannya terhadap C 0 V I D-19.”

“Dia sekali lagi menimbulkan masalah di mahkamah setelah hakim membaca keputusan itu.”

“Sebelumnya dia pernah menyerang pendakwa raya, dan sekarang dia nekad menyerang Ketua Panel Hakim.”

Baca yang lain