[VIDEO] Analisis Padu Thierry Henry Tentang Gol Benzema: “Dia Tanduk Ke Arah Bola Datang”

Peminat bola sepak sekali lagi ralit mendengar kehebatan Thierry Henry dalam analisisnya. Sebelum ini Henry sudah beberapa kali menghuraikan tentang gol gol penyerang di dalam arena bola sepak.

Kali ini Henry berpeluang membentangkan analisis gol juniornya Karim Benzema.

Benzema berjaya menghantar Real Madrid ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah dengan gol di masa ekstra menentang juara bertahan Chelsea.

Chelsea menang perlawanan kedua dengan 2-3, namun secara agregat, Real Madrid mara kerana gol Benzema.

Pemain berusia 34 tahun itu telah menunjukkan aksi cemerlang dalam dua perlawanan timbal balik menentang Chelsea.

Dia sempat melakukan hatrik dalam aksi di Stamford Bridge. Dan kemudian menjadi penjaring gol kemenangan secara agregat di Bernabeu seminggu kemudian.

Pemain berusia 34 tahun itu kini sudah menjaringkan 12 gol daripada 9 penampilannya dalam aksi UCL musim ini. Pemain veteran Perancis itu juga menjadi calon utama untuk Ballon d’Or 2022.

Analisis Thierry Henry melengkapkan lagi tontonan para peminat bola sepak tentang gol Karim Benzema.

Henry berkata: “Ianya istimewa. Saya berharap tiada yang mengantuk kerana kamu harus melihat ini.”

“Cara dia pergi, tengoklah, dia pergi merapati [Vinicius], dan seterusnya dia berundur untuk mendapatkan kekudanya.”

“Apa yang dia lakukan adalah, dia pergi ke arah Vinicius Jr, tengoklah di sini bagaimana mereka ada masa dan melakukan komunikasi menerusi mata. Dia kemudian berundur untuk memastikan dia menghadap gawang gol, sebagaimana yang kita sebut pada awal rancangan tadi.”

Henry kemudian menyatakan tindakan Benzema merapati Vinicius itu adalah satu bentuk komunikasi tentang di mana dia mahu menerima bola itu. Pada masa yang sama ia juga untuk memberitahu Vinicius tentang keberadaannya dalam kotak penalti dan seolah olah dia meminta beberapa saat untuk dia berada di zon terbaik bagi menerima bola.

Benzema bertindak pantas tanpa ada pemain yang mengawalnya pada masa itu membolehkan dia memasang kekudanya untuk bersedia melancarkan tandukan deras ataupun merembat masuk apabila perlu.

Henry menjelaskan dengan lebih lanjut:

“Apa yang dia lakukan, asasnya adalah, dia pergi ke arah Vinicius Jr. Dan ketika dia melihat Vinicius mahu melakukan hantaran lintang, mereka berdua berkomunikasi dengan mata mereka. Kemudian dia berundur untuk membolehkan dia menghadap gol dan menyerang bola untuk memasukkannya ke dalam gawang.”

Satu lagi yang menarik dalam analisis Henry adalah dia menjelaskan betapa cepatnya Benzema berfikir pada masa itu. Dia menghalakan tandukannya ke kedudukan awal Edouard Mendy. Di mana penjaga gol menurut Henry akan sentiasa cuba mengikut bola yang dilintangkan pemain.

Ketika Mendy bergerak ke kiri, dari kedudukan asal di kanan, Benzema memanipulasi gerakan itu dengan menujukan percubaan ke kanan Mendy.

Dalam keadaan ini, penjaga gol sangat sukar untuk memenangi bola kerana dia sudah kehilangan sudut tersebut. Ini biasa dilakukan oleh penyerang. Di mana mereka merembat ke arah kedudukan awal penjaga gol sebaik sahaja penjaga gol bergerak ke arah berlainan.

Henry berkata:

“Penjaga gol akan sentiasa pergi ke mengikut arah bola hantaran lintang itu dan ketika itu Benzema akan memasukkan bola ke kedudukan dari mana hantara lintang itu datang.”

Biasanya kedudukan asal penjaga gol mula mula berada adalah mengikut arah dari mana cross itu berada. Jadi, Benzema melakukan perkara asas yang mudah.

Untuk mejelaskan ayat di atas, jika cross dari kanan ke kiri, pemain akan menuju ke arah kanan. Kerana penjaga gol akan bergerak mengikut bola dari kanan ke kiri. Dan begitu juga sebaliknya.

“Dia tahu penjaga gol kehilangan sudut tersebut, dan dia berfikir, okay, biar saya adjust sedikit kedudukan saya. Kita sekarang terhubung [pemain yang cross dengan pemain yang menyudahkan], biar saya sempurnakannya.”

Saksikan dan dengarkan analisis Henry di sini:

Ramai memuji analisis Henry dan menganggap bawah ini bukan ulasan biasa biasa.

Netizen menganggap ianya satu kepuasan mendengar analisis Henry.

Baca yang lain