[VIDEO] Andy Carroll Baru Saja Menjaringkan 2 Gol Ofsaid ‘World Class’ Dalam Jarak Kurang 2 Minit

Sebenarnya dalam sejarah bola sepak, banyak sekali gol berkelas dunia dibatalkan kerana ofsaid dan membuatkannya tidak pernah berlaku.

Dengan adanya teknologi VAR pada hari ini, lagi banyaklah gol berkelas dunia yang dibatalkan kerana ofsaid lebih mudah dikesan dengan bantuan teknologi.

Untuk Andy Carroll, dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia, dia melakukan dua gol world class yang dibatalkan kerana ofsaid. Itu lagi rare!

Carroll yang bermain untuk Reading, sinonim dengan kariernya bersama Newcastle United sebelum membuat perpindahan tak masuk akal ke Liverpool.

Dalam aksi Liga Kejuaraan antara Reading dan Fulham, bekas penyerang antarabangsa England itu melakukan dua gol ofsaid berkelas dunia dalam jarak kurang 2 minit di antara dua gol tersebut. GILA!

Ianya mungkin perlawanan terakhir Carroll bersama dengan Reading. Kerana kontrak semasanya berakhir pada 15 Januari ini. Reading benar benar berharap pemain itu akan terus kekal bersama.

Pengurus Reading sudah mengesahkan bahawa kelab berminat untuk terus mengekalkan Carroll dan tawaran sudah dibuat secara rasminya.

Namun pemain tersebut masih belum mempersetujui kontrak baharu itu. Reading masih berharap pemain itu akan memberikan berita gembira kepada mereka dalam beberapa hari ini.

Berbalik kepada kisah dua gol Carroll yang fantastik dan dibatalkan ofsaid itu, Reading ketika itu ketinggalan dalam aksi di Madejski Stadium.

Carroll melakukan libasan gunting spektakular yang terus masuk dan meraikannya, menjangkakan dirinya sudah menyamakan kedudukan. Linesman menaikkan bendera ofsaid. Ulang tayang memang jelas Carroll jauh terlajak ofsaid.

Tak sampai dua minit kemudian, Carroll melakukan kawalan dengan dada yang kemas untuk set up bola kepada dirinya sendiri – dan melepaskan voli cantik terus ke top corner.

Linesman sekali lagi menaikkan bendera ofsaid. Kerana Carroll baru kembali dari kedudukan ofsaid ketika menerima bola.

Saksikan di sini momen genius yang bertukar menjadi momen malang berganda.

Selepas insiden malang berganda itu, Fulham pula menggandakan kedudukan sebelum rehat di mana Aleksandar Mitrovic menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.

Pada separuh masa kedua, Reading lunyai dibantai Fulham. Ini apabila Fulham menambah 5 lagi gol menerusi Wilson, Mitrovic, Kenny Tete, Neeskens Kabano dan Tosin Adarabioyo.

Ianya membuatkan Reading kalah 0-7 di tangan Fulham.

Fulham kini hanya 1 mata di belakang pendahulu liga Bournemouth dalam usaha kedua dua pasukan mahu kembali semula ke EPL.

Baca yang lain