[VIDEO] Assist Shaqiri Kepada Jota Dari Pandangan 360°

Xherdan Shaqiri melakukan salah satu assist tercantik minggu ini dalam EPL.

Di mana beliau melakukan killer pass dari kawasan sempit dan juga menutmeg pemain lawan.

Lebih penting assist itu berjaya disempurnakan Diogo Jota untuk gol kemenangan Liverpool di Anfield.

Shaqiri berada di zon 14 dan dia menerima bola pada keadaan pertahanan West Ham United sangat kompak.

Dengan visi dan imaginasinya, Shaqiri telah meleretkan bola yang cantik. Sadio Mane yang berada di kedudukan ofsaid hanyalah membiarkan bola itu seperti seorang YB memerhatikan rakyatnya.

Liverpool mengeluarkan footage kamera 360° memaparkan keindahan assist itu daripada sudut pandangan berbeza.

Saksikan di sini:

Cantik bukan?

Dengan kemenangan 2-1 ke atas West Ham dan kekalahan Everton selepas itu, gol itu juga melonjakkan Liverpool ke tangga teratas liga.

Xherdan Shaqiri dan Jota memberikan impak daripada kerusi pemain simpanan.

West Ham terlebih dahulu di hadapan menerusi Pablo Fornals.

Namun Mo Salah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Jota sekali lagi menjadi matchwinner dan satu lagi koleksi gol beliau di Anfield.

Baca yang lain