[VIDEO] Bufffon Ajar Cara Sekolahkan Mbappe Dengan Bagi Sedas Penampar

Gianluigi Buffon menunjukkan nilai kepimpinannya yang melangkaui segalanya ketika dia menasihati Mbappe pada satu ketika dahulu.

Kylian Mbappe dikenali sebagai seorang pemain yang sangat berbakat. Namun pemain itu pernah beberapa kali lewat ke latihan.

Beberapa tahun lalu, Kylian Mbappe telah dihukum oleh Thomas Tuchel kerana lewat datang ke taklimat taktikal pasukan. Di mana pemain itu digugurkan dalam satu perlawanan.

Penyerang itu kemudian disenaraikan sebagai pemain gantian menentang Marseille ketika dia kembali semula ke dalam pasukan.

Tuchel ketika itu sangat bengang dengan Mbappe. Dan berkata: “Saya tak sukan bermain tanpa dia dan lebih-lebih lagi dalam perlawanan seperti itu, tetapi ia adalah situasi disiplin dan kami terpaksa melakukan ini,” kata Tuchel mengenai hukuman ke atas Mbappe selepas perlawanan.

Itu bukanlah kali pertama Mbappe membuatkan Tuchel bengang. Dalam satu lagi peristiwa, Tuchel meminta Mbappe agar menghormati pasukan ketika dia dikeluarkan. Ianya selepas Mbappe menunjukkan rasa tak puas hatinya ketika dikeluarkan.

Kini reputasi Mbappe sebagai pemain diva semakin terserlah. Lebih lebih lagi PSG sendiri yang memberikannya kuasa ala pemilik kelab pada kontrak baharunya.

Antara peristiwa kontroversi terbaru adalah, ketika dia berhenti berlari saat pasukannya melakukan serangan balas. Ianya hanya kerana Vitinha menghantar bola kepada Messi bukannya dirinya.

Kemudian Mbappe turut dilaporkan bergaduh dengan Neymar sehingga memaksa Ramos meleraikan mereka. Ianya kerana Mbappe tak puas hati Neymar enggan memberikannya penalti.

Berbalik kepada isu Mbappe yang digugurkan daripada skuad utama pada masa itu, Mbappe masuk ke padang untuk memanaskan badan sebelum aksi menentang Marseille.

Buffon mungkin memiliki cara terbaik menyekolahkan anak muda yang sedang leka dengan pujian itu.

Ketika pemain itu masuk, Buffon terus menyepak / menampar manja pipi Mbappe dan dia terus menasihati pemain itu.

Sembang itu hampir monolog, kerana Mbappe tidak berkata apa-apa, tetapi jelas mengambil semua yang dikatakan veteran itu.

Buffon berkata: “Kenapa kamu lambat [hari tu]?”

Sambil hinggap sedas penampar kat pipi Mbappe.

Buffon seraya meangkul Mbappe di hadapan seorang lagi pemain senior iaitu Lassana Diarra, lalu Buffon menambah: “Ini bukan sikap selayaknya seorang pemain profesional.”

“Ada perbezaan kecil yang sangat penting dan yang akan membezakan antara pemain yang bagus dan pemain yang lebih bagus.”

“Kamu masih muda dan ini sangat penting. Namun kamu juga harus menunjukkan teladan yang baik kepada pemain pemain lain.”

“Dan benda paling panting, kamu jangan tergoda dengan benda benda lain di sekeliling kamu. Kekal fokus kat kepala kamu tu sepanjang masa.”

“Kamu masukkan benda ni [dalam kepala kamu] untuk kebaikan kamu [jangan terasa hati].”

“Dengar apabila orang tua bercakap,” kata Buffon sambil bergelak ketawa bersama Diarra sambil memeluk Mbappe.

Ternyata cara Buffon itu benar benar menunjukkan dia seorang pemimpin yang sangat baik. Dan itulah fungsinya di dalam pasukan PSG sebelum ini selepas dia melakukan perkara yang sama bertahun tahun lamanya bersama Juventus.

Cara Buffon yang mesra dan tegas itu disenangi Mbappe pada masa tu. Tak taulah sekarang, silap silap dia suruh PSG jual Buffon ke Liga Malaysia terus.

Alvaro Morata pernah berkongsi bagaimana pemain pemain senior di Juve termasuk Buffon, Chiellini dan Bonucci benar benar tegas membantu dan menasihati pemain pemain muda.

Chiellini malah seperti nak membunuh orang ketika latihan, kerana mahu Morata berpersonaliti lebih keras dan tak mudah koyak.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang