[VIDEO] Calhanoglu Enggan Salam Theo Hernandez Kerana Masih Kecil Hati Keraian Kejuaraan Serie A Musim Lalu?

Hakan Calhanoglu dirakam enggan berjabat tangan dengan Theo Hernandez. Dilaporkan Calhanoglu masih sakit hati dengan keraian kejuaraan Scudetto Theo Hernandez musim lalu.

Dalam aksi Serie A minggu kelima, aksi Derbi Milano menjadi tumpuan.

2 gol Rafael Leao dan 1 lagi menerusi Olivier Giroud membantu AC Milan menang aksi derbi panas itu. Inter membalas 2 gol menerusi Marcelo Brozovic dan Edin Dzeko.

Salah satu lagi detik yang agak panas adalah membabitkan pemain tengah Inter Milan, Hakan Calhanoglu, dan bek sayap AC Milan, Theo Hernandez.

Sebelum perlawanan, kedua-dua pasukan bersalaman seperti biasa perlawanan akan bermula.

Bagaimanapun, apabila Calhanoglu bertemu Theo, pemain tengah Turki itu enggan bersalaman.

Malah, Theo sudah pun mengalu-alukan Calhanoglu dan bersedia untuk berjabat tangan dengan bekas rakan sepasukannya itu.

Theo, yang mengetahui perkara ini, kemudian menepuk kepala Calhanoglu di belakang.

Mereka berdua kemudian dilihat berbalas kata kata selepas Theo menepuk belakang kepala Calhanoglu.

Bagaimanapun, tidak diketahui apa yang mereka bualkan ketika itu.

Insiden membabitkan Calhanoglu dan Theo disyaki berpunca daripada insiden sambutan Scudetto oleh AC Milan pada musim lalu.

Musim lalu, AC Milan memenangi Liga Itali 2021-2022 dengan menewaskan Inter Milan sebagai pesaing terdekat mereka.

Pada saat keraian, Theo Hernandez bersama Zlatan Ibrahimovic telah mengejek Calhanoglu.

Kedua-dua pemain tonggak AC Milan itu memang berasa kecewa dengan sikap Calhanoglu yang memilih untuk menyertai pasukan seteru sebandar mereka.

Ini diburukkan lagi dengan komen Calhanoglu yang memandang rendah kualiti AC Milan berbanding Inter Milan ketika berpindah ke kelab tersebut.

Calhanoglu telah berteka teki tentang masa depannya bersama AC Milan dan kemudian mengejutkan ramai pihak apabila dia memilih untuk ke Inter Milan dengan menyatakan dia mahu memenangi Serie A bersama kelab tersebut.

Dalam satu perlawanan Serie A, Hakan Calhanoglu turut meraikan gol yang provokatif ditujukan kepada peminat AC Milan.

AC Milan akhirnya memenangi kejuaraan Liga dan kembali semula ke UCL. Mereka kini dalam misi mempertahankan Serie A.

Calhanoglu turut memperlekehkan sumbangan Zlatan yang menurutnya hanyalah kecil sahaja. Namun dia berusaha sedaya upaya menarik perhatian media.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan