[VIDEO] Cara Mourinho Pimpin Abraham Selepas Mengkritiknya Sebelum Ini Membuatkan Penyokong Terharu

Peminat AS Roma dan juga peminat lain di seluruh dunia sangat terharu melihat hubungan antara Jose Mourinho dengan Tammy Abraham.

Di mana dalam aksi antara Roma dan Monza, Mourinho telah memimpin Tammy Abraham ketika pemain itu keluar dari padang untuk digantikan.

Cara Mourinho bermesra dengan pemain antarabangsa England itu membuatkan peminat benar benar faham kenapa Tammy Abraham sangat selesa di AS Roma, jauh daripada keluarganya.

Roma membeli Abraham musim lalu dengan harga £34 juta. Dia merupakan pemain yang dikehendaki Jose Mourinho. Tammy Abraham mencari tempat yang lebih terjamin dalam kesebelasan utama. Perkara yang tidak mampu dijanjikan Chelsea kepadanya.

Ketika di AS Roma, di bawah kendalian Mourinho, Tammy Abraham menjadi pemain penting pasukannya,

Minggu sebelum ini Mourinho mengkritik Tammy Abraham dengan sindiran nakal selepas pasukannya terikat 1-1 dengan Juventus.

Mourinho berseloroh berkata: “Dybala memberikan perbezaan malam ini. Saya tengik Tammy Abraham pula yang tampil dana wawancara, dia membuatkan dirinya seperti dia baru sahaja bermain dengan cemerlang, hakikatnya dia bermain sangat teruk.”

Ramai peminat agak risau dengan komen Mourinho itu. Namun ternyata hubungan Tammy Abraham dengan Mourinho baik baik sahaja.

Malah ketika aksi berdepan Monza, ketika Tammy Abraham dikeluarkan, dia menunjukkan sikapnya yang matang. Tidak kecewa seperti segelintir pemain lain.

Mourinho terus memimpinnya dan berkata sesuatu kepadanya.

Bercakap kepada wartawan, Mourinho menyatakan bahawa dia gembira dengan sumbangan Tammy kali ini.

“Minta izin kamu semua [wartawan], saya nak bercakap tentang seseorang yang langsung tiad siapa nak bercakap tentangnya hari ini, Tammy.”

“Hari ini dia bermain dengan cara yang saya mahukan dia bermain. Hari ini, dia adalah Tammy saya.”

Tammy Abraham pernah menyatakan bahawa dia menganggap Mourinho sama seperti pak cik saudaranya di Rom.

Memang betullah hubungan antara Tammy dan Mourinho sangat baik. Maka tak hairanlah Tammy Abraham sanggup berjuang apa sahaja di atas padang demi Mourinho.

Dan dia sendiri sudah sangat masak dengan Mourinho yang akan berterus terang jika dia bermain buruk. Namun sentiasa menyokong pemainnya jika mereka memerlukan bantuan.

Baca yang lain