[VIDEO] Cara Salah Berlawan Dengan City Dianggap Antara Aksi Terbaik Teamplayer

Mohamed Salah ada reputasi yang kuat dilabel pemain tamak. Ye la dah dia jenis pencari gol kan. Tapi harus diakui, kekadang tu menyampah juga dengan ketamakan beliau.

Ketika menentang Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti, Mohamed Salah dianggap menunjukkan salah satu aksi terbaik untuk permainan berpasukan.

Dia banyak membantu ketika bertahan. Kemudian dengan cepat menghantar bola kepada rakannya.

Secara keseluruhan Sang Raja Mesir itu berjaya melakukan 32 hantaran dengan ketepatan hampir 94%.

Beliau juga paling banyak melakukan gelecekan melepasi individu lawan dengan 5 take ons.

Salah hanya melakukan dua shots dalam perlawanan ini. Namun dia berjaya menjaringkan 1 gol dan mencipta 1 assist.

Tidak lupa juga, dia merupakan playmaker penting untuk gol Darwin Nunez, ketika Salah menghantar bola kepada Andy Robertson yang kemudian mencipta assist kepada Nunez.

Salah berterusan menjadi ancaman utama kepada Manchester City. Prestasi yang mengingatkan penyokong Liverpool kepada kehebatan dia pada musim pertama dahulu.

Secara keseluruhan Salah melakukan 4 ciptaan peluang kepada rakannya.

Dari segi sumbangan ketika bertahan, Salah melakukan ketepatan bentesan 100% dalam perlawanan ini. Luar biasa sekali untuk pemain penyerang bintang.

Salah masih menjadi pemain yang tidak digemari pertahanan City era ini. Rekod sumbangan G/A — gol dan assist — beliau sangat baik.

Berikut adalah video kompilasi aksi Mo Salah berdepan Man City di sini:

Baca yang lain