[Video] Chiellini Sekali Lagi Tampilkan Sikap Tenangnya, Sifat Kasih Seorang Senior Kepada Junior

Roberto Mancini pernah berkata, skuad Itali mempunyai ramai pemain yang mempunyai karektor besar untuk memacu pasukannya capai tahap tertinggi terutamanya dalam saingan EURO kali ini.

Georgio Cheillini antara pemain yang mempunyai karekor tersebut. Pemain berusaha 36 tahun itu menampilkan ‘aksi’ tenang ketika pasukannya berada dalam keadaan genting.

Dalam pertemuan menentang Belgium, Cheillini masih sempat ketawa ketika berdepan dengan serangan berbahaya skuad bimbingan Roberto Martinez.

Sekali lagi dia menunjukkan ‘aksi’ tenang ketika Itali berhadapan situasi hidup dan mati dalam penentuan sepakan penalti bertemu Sepanyol.

Sikap tenangnya itu membuatkan penyokong Itali, pundit dan pengulas televisyen lebih berasa lebih cuak. Namun Itali tetap keluar sebagai pemenang.

Buat kali ke-2 Itali diberi saingan sengit dalam kemaraannya ke final. Sepanyol memberi ancaman kuat oleh Sepanyol sepanjang 120 minit perlawanan.

Alvaro Morata memadam gol pembukaan Itali yang dijaringkan oleh Federico Chiesa ketika permainan berbaki 10 minit.

Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol dalam 30 minit masa tambahan. Perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Sebagai ketua pasukan, Cheillini tampil bersama Jordi Alba bagi membuat beberapa keputusan bersama pengadil dan pemain itu kelihatan bersahaja dalam perbincangan tersebut.

Pemain veteran itu dilihat ketawa dan membuat lawak terhadap Alba. Malah sempat bertepuk bertampar dengannya.

Disebabkan nama Chiellini cukup besar dan dihormati dalam pentas bola sepak, Alba melayan sahaja karenah Chiellini.

Jelas sekali Chiellini tak mahu Alba tertekan sangat menghadapi momen seperti itu.

Mana ada kapten pasukan lain seperti Chiellini yang membantu lawannya merendakan tekanan.

Orang lain suka je dia tengok lawan tertekan malah ada bagi muka psiko lebih lagi.

Jordi Alba sampaikan lupa prosedur pilih padang dan bola yang membuatkan Chiellini ketawa dan terpaksa memulakan semula lambung syiling.

Pemegang Master’s Degree in Bussiness of Administration itu tidak berasa malu malah memberi pelukan erat sampai terangkat kawan tu.

Chiellini bukanlah mempersendakan Alba tetapi cuma kasih seorang senior kepada junior.

Ketenangan tersebut memberi motivasi dan mengurangkan gemuruh kepada rakan-rakannya untuk berhadapan dengan sepakan penalti.

Manuel Locatelli gagal dalam sepakan pertama namun Sepanyol gagal memanfaatkan peluang tersebut apabila Dani Olmo menyepak tinggi.

Andrea Belloti, Gerard Moreno, Leonardo Bonucci, Thiago Alcantara dan Federico Bernardeschi berjaya menyempurnakan sepakan penanti.

Alvaro Morata memberi kelebihan kepada Itali apabila sepakan darinya dapat diagak oleh oleh Gianluigi Donnarumma.

Joghinho menutup malam baik buat Itali apabila mudah menyempurnakan sepakan terakhir.

Ia satu lagi aksi tenang dari pemain Itali berbanding Sepanyol yang agak gemuruh kerana majoriti pemainnya masih menimba pengalaman bermain di pentas besar.

Kemenangan tersebut melengkapkan jangkaan ramai Itali mempunyai peluang besar untuk menjuarai EURO kali ini.

Pasukan ini memanjangkan rekod tanpa kalahnya sejak September 2018, tahun dimana mereka gagal ke pusingan akhir Piala Dunia.

Sama ada England atau Denmark menjadi lawan mereka pada final nanti, Itali kekal sebagai pasukan pilihan selepas mempunyai 3 tahun cemerlang.

Laluan Itali ke final,

  • Itali 3-0 Turki
  • Itali 3-0 Switzerland
  • Itali 1-0 Wales
  • Itali 2-1 Austria
  • Itali 2-1 Belgium
  • Itali 1-1 Sepanyol (menang penalti 4-2)
  • Itali lawan England/Denmark

 

BACA JUGA: Netizen Kagum Lihat Chiellini Tersenyum Puas Berjaya Hadang Rembatan KDB Dengan Mukanya

Seorang pertahanan sejati akan merasa puas apabila berjaya menghadang bola daripada masuk. Chiellini menunjukkan kepada dunia erti sebenar seorang pertahanan yang sanggup bergadai nyawa di atas padang daripada dibolosi.

Dalam aksi di antara Belgium dan Itali, satu detik di mana Kevin De Bruyne melakukan rembatan deras yang tepat ke muka Chiellini.

Namun pertahanan otai itu menganggap ia satu kesempatan berbanding dengan malapetaka. Ada sesetengah pertahanan akan mengelak bola tersebut. Tidak bagi Chiellini terutama sekali apabila negara kamu melahirkan pertahanan legenda seperti Maldini, Baresi, Cannavaro dan ramai lagi.

Chiellini dengan berbesar hati menadah mukanya untuk menghadang percubaan De Bruyne itu. Selepas itu, De Bruyne melihat ke arah Chiellini untuk memastikan pemain itu ok.

Chiellini dengan tersenyum puas berjaya menghadang bola itu daripada masuk.

Tekan link ini untuk melihatnya:

Keadaan itu membuatkan ramai peminat kagum dengan semangat juang dan kekentalan pertahanan veteran Itali itu yang mungkin akan beraksi pada Euro terakhir dalam kariernya.

NineRole berkata: “Chiellini menyambut sepakan jauh De Bruyne tepat ke kepalanya dan mulai tersenyum. Dia monster!”

Ramai lagi memberikan reaksi ke atas tindakan Chiellini itu.

Itali 2 Belgium 1

Perlawanan yang menarik berlangsung ketika pasukan nombor 1 dunia, Belgium menghadapi pasukan kebangsaan Itali di Fussball Arena Munich pada perlawanan suku akhir Euro 2020.

Itali menang 2-1 ke atas Belgium. 2 Gol Gli Azzurri dijaringkan oleh Nicolo Barella dan Lorenzo Insigne. Sementara itu, gol Belgium oleh Romelu Lukaku. Sekaligus meneruskan rekod cemerlang di bawah Mancini.

Kedua-dua pasukan menunjukkan semangat melawan dan saling menyerang. Leonardo Bonucci berjaya menjaringkan gol pada minit ke-13. Malangnya gol itu tidak dibenarkan setelah pengadil melihat VAR kerana Giorgio Chiellini berada di kedudukan offside sebelum gol itu berlaku.

Namun Itali tetap mendapat gol pertama mereka pada minit ke-31 menerusi Nicolo Barella. Dia melakukan sepakan deras yang menewaskan Thibaut Courtois.

Minit ke-44, pasukan kebangsaan Itali menjaringkan gol kedua mereka sebelum rehat. Kali ini menerusi Lorenzo Insigne dengan rembatan lencongan yang lawa.

Sebelum babak kedua berakhir, pasukan kebangsaan Belgium mendapat penalti. Giovanni Di Lorenzo mengasari pemain yang memberikan masalah utama kepada Itali iaitu Jeremy Doku. Romelu Lukaku, yang menjadi pelaksana penalti tersebut, berjaya menjalankan tugasnya dengan baik.

Separuh masa pertama berakhir 2-1 memihak Belgium.

Pada separuh masa kedua Itali dan Belgium kembali bermain dengan aksi terbuka. Berberapa siri serangan dan ciptaan peluang berlaku. Namun tidak ada tambahan gol.

Itali berjaya bertahan dengan baik pada babak akhir. Dan memastikan mereka mara ke separuh akhir.

Barisan pemain

Belgium: Thibaut Courtois; Toby Alderweireld, Thomas Vermaelen, Jan Vertonghen; Thomas Meunier (70, Nacer Chadli), Axel Witsel, Youri Tielemans (70, Dries Mertens), Thorgan Hazard; Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku, Jeremy Doku

Itali: Gianluigi Donnarumma; Giovanni Di Lorenzo, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Leonardo Spinazzola (79, Emerson Palmieri); Nicolo Barella, Jorginho, Marco Verratti (74, Bryan Cristante); Federico Chiesa (90, Federico Chiesa), Ciro Immobile (74, Andrea Belotti), Lorenzo Insigne (79, Domenico Berardi)

Baca yang lain