[VIDEO] Danny Ings Skor Gol Lipat, Calon Gol Tercantik Musim Ini

Danny Ings meneruskan reputasinya sebagai penggempur berbisa dari kalangan penyerang di EPL.

Kali ini bekas penyerang Liverpool dan Southampton itu menceriakan penyokong pasukan barunya, Aston Villa, dengan wondergoal yang menjadi inspirasi kepada kemenangan mereka ke atas Newcastle.

Villa beraksi pertama kali di Villa Park dengan kapasiti penuh sejak pandemik melanda tahun lalu.

Dean Smith membuat dua pertukaran dalam kesebelasan utamanya dalam aksi kedua kali ini.

Kedua dua pasukan bermain dengan persaingan sangat terbuka pada awalnya. Skuad bimbingan Steve Bruce ternyata memberikan saingan kepada lawan mereka.

Aston Villa memberikan ancaman terlebih dahulu apabila Emiliano Buendia mencetuskan serangan balas, namun sayangnya El Ghazi gagal menyempurnakan gerakan itu.

Tidak lama selepas itu Callum Wilson dalam kedudukan satu lawan satu dengan Emi Martinez. Malangnya, Wilson melakukan percubaan liar.

Selepas separuh masa pertama kelihaan akan berakhir tanpa gol, Danny Ings membuatkan Villa Park menjadi histeria mada masa kecederaan 45+3.

Di mana beliau melakukan libasan yang sangat cantik.

Bermula daripada lontaran panjang Matty Cash, bola ditanduk oleh Tyron Mings. Ings yang melihat bola agak di belakangnya, terus menggunakan teknik libasannya dengan aksi akrobatik. Dan bola dengan sempurna dilipat lalu masuk.

Sudah tentunya gol ini akan menjadi calon untuk gol tercantik pada musim ini. Ings melakukan aksi spektakular itu hanya pada perlawanan kedua EPL musim ini.

Satu lagi gol Villa adalah menerusi penalti Anwar El Ghazi pada minit ke-62. Meneruskan ratio cemerlang beliau dengan 100% penyempurnaan penalti.

Newcastle hampir merapatkan jurang gol pada minit ke-75 menerusi Wilson. Namun VAR membatalkan gol itu kerana ofsaid.

Saksikan gol cantik Ings itu di sini:

Ianya memang akan menjadi gol yang akan diingati oleh penyokong Aston Villa untuk sekian lama.

Gol salam perkenalan Ings kepada penyokong Aston Villa di Villa Park. Memandangkan ini adalah aksi pertamanya di Villa Park sejak menyertai mereka pada musim 2020/21.

Baca yang lain