[VIDEO] Dele Alli Di-boo Ketika Dikeluarkan Minit Ke-28, Peminat Sedih Melihatnya

Beberapa tahun lalu, Dele Alli pernah menjadi perhatian hampir kesemua kelab besar di dunia.

Malangnya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini Dele Alli telah menjadi pemain yang tidak dimahukan oleh beberapa kelab.

Dia kemudian berpindah ke Turki dengan menyertai Besiktas. Pada awalnya dia disambut bak bintang besar. Usianya masih muda, pemain yang masih berharap untuk bermain dengan pasukan kebangsaan England.

Malangnya, segalanya masih tidak berubah buat Dele Alli. Dia terus terus gagal untuk mendapatkan prestasi yang diharapkan.

Malah lebih malang apabila presiden kelab dengan terbuka mahu Alli pergi segera daripada kelab itu dan mencari kelab baharu.

Pengurus kelab, Senol Gunes pula menyatakan bahawa dia sudah berputus asa dalam usaha membangkitkan Dele Alli.

Senol Gunes berkata:.

“Jangan kita bincangkan Dele Alli sebagai pemain, tetapi dia berada di bawah jangkaan dari segi kecekapan.”

Seterusnya dalam aksi antara Besiktas menentang Sanliufaspor dari divisyen 3, dalam Piala Turki, pengurus Besiktas, Senol Gunes hanya menggunakan Alli selama 28 minit aksi.

Ketika itu pasukannya sedang ketinggalan 2-0 di tangan pasukan bawahan.

Alli beraksi dengan teruk sekali. Itu yang membuatkan dia digantikan. Ketika keluar meninggalkan padang, Alli diejek dengan sorakan boo oleh para penyokong Besiktas.

Melihat video tersebut, ramai peminat simpati dengan Dele Alli. Terutama sekali peminat Spurs yang mengenang kesetiaan Dele Alli kepada Spurs ketika banyak kelab lain mahukannya dahulu.

Ada yang rasa tak percaya Dele Alli kini di Turki pada usianya baru 28 tahun. Dia sepatutnya berada di Qatar bersama England untuk Piala Dunia 2022 tempoh hari dan menjadi pemain berkelas dunia.

Bila melihat apa yang berlaku kepada Dele Alli, pastinya kita teringat kepada rakaman video Mourinho menasihati pemain itu agar dia tidak terjatuh pada suatu hari nanti.

Jose Mourinho memberikan amaran yang sangat jujur kepada Dele Alli agar pemain itu ‘menuntut lebih banyak daripada dirinya sendiri.’

Mourinho menasihati Dele Alli ketika berada di Tottenham Hotspur. Kini Dele Alli di ambang perpindahan ke Besiktas, yang dianggap sebagai penurunan terbesar di dalam kariernya pada usianya yang masih muda.

Mourinho: “Jangan malas dan leka, nanti kau menyesal”

Apabila Mourinho mula-mula tiba di Tottenham, pada tahun 2019, nampaknya dia kelihatan akan mendapat yang terbaik sekali lagi daripada Dele Alli yang ketika itu mulai merosot prestasinya.

Ya, Dele Alli kelihatan benar benar bakal bangkit. Mauricio Pochettino, adalah pengurus yang benar benar percayakan Dele Alli. Namun prestasi merosot Alli telah memberikan impak kepada masa depan pengurus itu yang akhirnya dipecat.

Peralihan Spurs daripada seorang pengurus kepada pengurus seterusnya semuanya telah dirakamkan dalam filem dokumentari oleh Amazon Prime Video, untuk siri All or Nothing mereka dengan pasukan Liga Perdana Inggeris.

Paling mencuri tumpuan adalah ketika Mourinho memberikan amaran kepada pemain itu agar tidak malas di atas padang dan menuntut lebih banyak daripada diri sendiri.

Nasihat jujur Mourinho itu satu ketika dahulu dilihat agak ofensif bagi sesetengah pihak. Namun ubat yang mujarab biasanya tak manis rasanya.

Mourinho berkata kepada Alli: “Saya kini berusia 56 tahun dan semalam saya berusia 20 tahun. Masa cepat berlalu. Satu hari nanti saya fikir kamu akan menyesal jika kamu tidak mencapai apa yang anda boleh capai,” kata pengurus itu.

“Saya tidak mengharapkan kamu menjadi pemain terbaik setiap perlawanan. Saya tidak mengharapkan kamu menjaringkan gol setiap perlawanan. Saya hanya ingin memberitahu kamu bahawa kamu akan menyesalinya kelak.”

“Kamu sepatutnya menuntut lebih daripada diri sendiri. Bukan saya yang menuntut lebih daripada kamu.”

“Tiada orang lain. Kamu. Kamu yang patut menuntut lebih daripada diri sendiri.”

Dalam satu lagi detik dalam siri ini, Mourinho mendakwa bahawa bekas pemain MK Dons itu “malas,” ketika bercakap dalam taklimat pasukan.

Dan kini segalanya makin jelas bahawa, Alli benar benar tidak menuntut yang terbaik daripada dirinya sendiri.

Sebelum ini Dele Alli meninggalkan Spurs untuk menyertai Everton. Perpindahan yang diharapkan Alli akan membantunya menaikkan semula kariernya. Tetapi skripnya tetap sama.

Walaupun pasukan Frank Lampard akhirnya mengelak penyingkiran, namun impak pemain itu sangat terhad dalam membantu kelab itu. Dia akhirnya terpaksa ke Turki menyertai Besiktas.

Dele sepatutnya benar-benar melangkah ke tahun-tahun kemuncak pada usianya. Namun itulah jadinya apabila pemain leka dengan kejayaan dirinya sendiri dan tidak berusaha lebih kuat untuk meningkatkan lagi prestasi mereka.

Inilah video detik Mourinho menasihati Alli secara jujur. Dan peminat percaya Mourinho menggunakan cara yang sama ke atas pemain seperti Paul Pogba sehinggakan dia ditentang pemain itu.

Sayang betul karier Dele Alli.

 

Baca yang lain