[VIDEO] Detik ‘Keeper’ Mesir Ini ‘Save’ Bola Di Luar Kotak Penalti Dan Perlawanan Diteruskan

Penjaga gol merupakan satu satunya posisi di mana pemain boleh menggunakan tangan dan kaki ketika permainan terbuka, bukannya daripada bola mati.

Namun mereka tidak boleh sesuka hati menangkap bola di dalam padang di kawasan tertentu.

Penjaga gol hanya dibenarkan menangkap bola dalam kotak penalti mereka sendiri.

Namun satu video lama, tular kembali. Menunjukkan penjaga gol di liga Mesir melakukan penyelamatan luar bisa di luar kotak penalti.

Penjaga gol kelab Enppi ketika itu iaitu Mahmoud Gadi berdepan dengan situasi di mana pasukannya diserang balas.

Tidak pasti sama ada dia memang sudah mempersiapkan diri untuk menanggung akibatnya. Kerana kesalahan itu adalah kesalahan kad merah, menafikan peluang gol yang jelas.

Namun Gadi tidak menanggung akibat daripada perbuatannya. Malah dijulang sebagai wira penyelamat pasukannya daripada situasi tersebut.

Dia melakukan save luar biasa di luar kotak penalti. Kira kira 10 meter daripada kotak penaltinya.

Namun begitum, apa yang lebih pelik, tiada seorang pun pemain atau pegawai daripada pasukan lawan yang membantah tindakan itu. Dan pengadil tidak memberikan sebarang hukuman ke atas penjaga gol.

Permainan diteruskan seolah olah tiada apa yang berlaku. Adakah semuanya sudah buta? Tanya seorang netizen ketika menyaksikan video tersebut.

Paling menarik, pengulas dikatakan mengutuk pemain penyerang yang dikatakan melakukan kegagalan / miss yang teruk daripada kedudukan tersebuyt.

Saksikan di sini:

Ramai yang geli hati dan kagum dengan penjaga gol tersebut.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan