[VIDEO] Di Indonesia, Penjaga Gol Sendiri Yang Buat Hal, Penjaga Garisan Pula Diterajang

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia [PSSI] nampaknya berdepan dengan satu lagi kes keganasan di atas padang yang melampau.

Sebelum ini sudah banyak kes barbar melibatkan pemain malah pengadil yang diserang di liga utama mereka termasuk divisyen 1 sehinggalah ke divisyen lebih rendah.

Satu lagi insiden tiada semangat kesukanan berlaku dalam aksi final Liga 3 di Yogjakarta. Perlawanan di antara Mataram Utama vs Sleman United di Stadium Tridadi, Sleman berlangsung pada Rabu.

Penjaga garisan telah diserang oleh para pegawai pasukan Sleman United. Insiden itu berlaku selepas wisel penamat ketika pengadil dan penjaga garisan mahu memasuki bilik persalinan.

Para penyokong sangat terkejut melihat penjaga garisan ditumbuk, ditendang dan diterajang.

Pegawai pegawai pasukan Sleman mengetuai protes ke atas keputusan pengadil Ikhsan Prasetua yang memberikan kad kuning kedua kepada penjaga gol Sleman United – Firdaus Marga.

Pengadil membuat keputusan selepas penjaga garisa memberitahu bahawa Firdaus dikira handball kerana ketika dia melepaskan bola dari tangannya, dia berada di luar kotak penalti.

Bermakna pemain itu dibuang padang. Dia melakukan dua kesilapan serupa berturut turut dalam aksi tersebut. Menyepak bola drop kick di luar kawasan kotak penalti.

Firdaus dibuang padang pada minit ke-79 membuatkan Sleman bermain 10 pemain.

Selepas kad merah itu, perlawanan menjadi sangat tegang dan panas. Pemain pemain Sleman menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan mengasari lawan mereka. Pemain vetera Sleman iaitu M Solechudin, merempuh beberapa pemain Mataram Utama dan melibaskan tanggannya yang terkena mata pengadil Ikhsan Prasetya Jati.

Ekoran tindakan yang mengasari pengadil itu, menyebabkan pengadil Ikhsan Prasetyo Jati tidak dapat meneruskan tugasannya di atas padang dan terpaksa digantikan oleh Bagus Kurniawan.

Perlawanan disambung semula, Sleman United terpaksa bermain dengan sembilan pemain kerana Solechudin dilayangkan kad merah dan perlawanan dimenangi Mataram Utama dengan jaringan 3-1.

Sebaik sahaja perlawanan tamat, mereka melepaskan geram mereka pada penjaga garisan dan para pengadil yang bertugas.

Insiden yang memalukan itu mendapat perhatian PSSI yang memberikan amaran agar kesemua pemain dan pegawai menjaga tingkah laku mereka.

Peminat memuat naik video detik pengadil diserang dengan ganas. Akaun Supporter FC menulis: “Lepas habis tengok bola, kita sambung pula tengok UFC.”

Sindiran kepada aksi ala MMA yang dilancarkan ke atas pengadil.

Penjaga garisan kelihatan dikejar oleh pemain pemain Sleman. Dan kemudian pegawai mereka meluru dari arah yang lain dan salah seorang pegawai Sleman melancarkan sepakan ke atas penjaga garisan yang terjatuh.

Mujur penjaga garisa itu sempat bangun dan terus menyelamatkan diri daripada terkena serangan yang lebih teruk.

Saksikan insiden ganas itu di sini:

Adakah pengadil membuat keputusan yang tepat?

Sebenarnya, rakaman menunjukkan Sleman harus memarahi penjaga gol mereka sendiri yang melakukan kesilapan budak budak.

Ini kedudukan Firdaus ketika melakukan drop kick tersebut. Bukan sekali tetapi dua kali dia melakukan kesilapan yang sama.

Memang sendiri cari pasal.

Peraturan dengan jelas menyatakan penjaga gol dilarang melakukan drop kick di luar kotak penalti kerana ianya dikira handball.

 

Baca yang lain