Video: Dua Gol Aubameyang Yang Bawa Arsenal Ke Final

Minggu yang menggembirakan buat penyokong The Gunners. Mana taknya, beberapa hari selepas menewaskan juara liga, mereka menyingkirkan pula pasukan juara bertahan Piala FA – Man City.

Pierre Emerick Aubameyang menjaringkan kedua dua gol Arsenal dalam perlawanan ini.

Gol pertama adalah team goal yang cantik. Seramai 10 pemain Arsenal terlibat dalam binaan gol ini dan 18 hantaran dilakukan sesama pemain Arsenal untuk memastikan gol itu terjelma.

Aubameyang menyudahkan binaan serangan itu dengan sempurna dari sudut sukar di mana beliau menggunakan kualiti poachingnya menyambar bola.

Korang saksikan di sini team goal itu:

https://twitter.com/i/status/1284570717581975558

Dan gol kedua pulak adalah menerusi serangan balas oleh Arsenal ketika City sedang rancak menyerang ke kubu mereka.

Kieran Tierney melakukan satu through pass secara lob, dengan Aubameyang menewaskan perangkap ofsaid City.

Man City sekali lagi menunjukkan kerapuhan mereka ketika diserang balas.

Arsenal berjaya bertahan dengan baik dalam perlawanan ini. David Luiz dan Mustafi melakukan beberapa siri hadangan penting.

Mustafi terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan.

City pada separuh masa pertama dengan 0 on target. Dan separuh masa kedua cuba memperbaiki aspek serangan itu pada separuh masa kedua.

Namun City masih bergelut dengan ketepatan dan ketajaman di hadapan gol.

David Silva memiliki peluang terbaik di depan penjaga gol namun tap beliau kelaut.

Sementara Riyad Mahrez melakukan rembatan yang diselamatkan penjaga gol.

Arsenal melakukan 4 percubaan dan 4 on target pertama dengan menghasilkan dua gol.

Seperti Liverpool, Man City memegang penguasaan bola yang tinggi namun gagal menterjemahkannya kepada gol. Sementara Arsenal terus membuktikan ketajaman mereka di hadapan gol.

Arsenal terus menjadi pakar pertandingan piala.

Ini adalah final pertama Arteta sebagai pengurus dalam musim debut beliau bersama Arsenal.

Ternyata percaturan beliau membuahkan hasil dalam dua pertarungan penting Arsenal minggu ini, di kala tak ramai meletakkan harapan kepada Arsenal.

Itulah bola sepak.

Tahniah kepada Arsenal di atas kemaraan ke final. Mereka akan menanti pemenang di antara Man United dan Chelsea.

Arsenal boleh menjadikan Piala FA sebagai talian hayat mereka ke Europa League, dengan kedudukan mereka di dalam Liga Perdana Inggeris yang agak tidak meyakinkan ketika ini.

Baca yang lain