[VIDEO] Fernandes Jelaskan Detik Dia Pertahankan Ole Yang Diboo Penyokong Sendiri

Bruno Fernandes menunjukkan mentaliti elit beliau sebagai pemain profesional. Semalam Man United mengalami satu lagi kekalahan. Menjadikan ia kekalahan kelima mereka dalam 7 perlawanan terakhir.

United kali ini kalah di tangan Watford. Di mana skuad bimbingan Claudio Ranieri menang bergaya 4-1 ke atas Man United.

Hari yang lebih malang apabila kapten United, Harry Maguire turut dibuang padang kerana mengutip 2 kad kuning dalam jarak masa 7 minit antaranya.

United sebelum ini mengalami kekalahan di tangan Man City sebelum rehat antarabangsa. Ole sudah berjanji akan memastikan skuadnya bangkit segera.

Malangnya itu tidak berlaku. Manchester United berkejaran seperti pasukan midtable dikerjakan oleh Watford sepanjang malam.

Selepas tamat perlawanan, Ole mengetuai pemain pemain United yang lain pergi ke arah seksyen penyokong mereka yang berkunjung ke Vicarage Road.

Namun pengurus itu telah diboo oleh penyokong United sendiri. Ole mengangkat 10 jari tanda kemaafan kepada para penyokong di atas apa yang telah berlaku di atas padang.

Melihat pengurusnya diejek, Bruno Fernandes tampil mempertahankan Ole.

Bruno memberitahu penyokong United bahawa, tanggungjawab di atas kekalahan itu adalah secara kolektif sebagai satu pasukan dan bukan harus diletakkan di bahu Ole semata mata.

Fred kemudian bergegas ke arah Bruno Fernandes dan menenangkan sahabatnya itu.

Bruno benar benar kecewa melihat Ole diherdik dan dicerca seperti itu. Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Fernandes berkata:

“Tak cukup kalau hanya bermain 1 babak dalam Liga Perdana Inggeris. Watford pasukan yang bagus. Mereka agresif dan ada kualiti menyerang, jika kamu berikan mereka peluang, kamu akan bolos.”

“Dan kami ada masalah yang sama dalam banyak perlawanan dah. Saya rasa separuh masa kedua, kami menunjukkan sikap yang diperlukan. Separuh masa pertama, semua orang bermain teruk. Kami tak menyerang dan kami tak membentes lawan.”

“Kamu haruslah menunjukkan kualiti sebenar kamu dan itulah sebabnya kamu bermain untuk Manchester United.”

Bercakap tentang detik beliau berkonfrontasi dengan penyokong United yang mengejek Ole, Bruno berkata:

“Ini salah semua orang. Bukan salah coach atau seorang pemain sahaja. Semua orang bersalah.”

“Semua orang harus bertanggungjawab dan semua orang harus melakukan lebih baik.”

Saksikan detik Bruno mempertahankan Ole di sini:

David De Gea kemudian turut menyatakan bahawa penyokong tidak perlu menjadi pengurus sebagai kambing hitam kekalahan mereka.

De Gea berkata: “Sangat mudah nak menyalahkan pengurus atau staf, namun kadangkala kesalahan itu adalah pemain. Ianya sangat memalukan melihat United bermain seperti yang kami lakukan hari ini. Ianya tidak boleh diterima langsung – cara kami bermain dan melakukan sesuatu di atas padang.”

elepas kekalahan memalukan di tangan Watford, pengurusan tertinggi Man United malah membincangkan soal Ole dan pampasan yang bakal diberikan jika Ole dipecat.

Watford menewaskan United 4-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Meletakkan kelab tersebut dalam keadaan sangat tertekan selepas berbelanja besar mendapatkan pemain pada musim panas lalu.

Ole Gunnar Solskjaer sempat meminta maaf kepada penyokong United selepas tamat perlawanan. Beliau menyatakan ianya kekalahan yang memalukan dan berjanji akan bangkit segera selepas ini.

Solskjaer berkata: “Saya sentiasa percayakan diri saya. Ya, saya percaya kita akan dapat mengubah keadaan ini. Saya pun rasa perkara yang sama dirasakan para pemain, kami semua malu, kalah seperti ini. Kami dalam prestasi yang buru.”

Walaupun Ole yakin dia akan dapat mengubah keadaan, namun BOD Man United sudah mulai hilang keyakinan dengannya.

Mesyuarat tergempar membincangkan masa depan Ole Gunnar Solskjaer tersebut akan diadakan secara virtual di kalangan pengurusan tertinggi.

Sebelum ini Joel Glazer menjadi orang kuat menyokong Ole Gunnar Solskjaer. Kini dia mewakili keluarganya meminta pegawai kelab untuk menghubungi Zinedine Zidane, membincangkan kemungkinan pengurus itu berminat untuk ke United.

Sebelum ini United meletakkan nama Conte dalam senarai calon. Namun Conte sudah ke Spurs, selepas Spurs tewas di tangan United.

Selepas kekalahan di tangan Liverpool, United berpeluang mendapatkan Conte. Namun masih ada BOD tertinggi menyokong Ole kekal kerana mereka tidak setuju dengan nilai GBP250 juta dinyatakan oleh Conte untuk memperbaiki United dan mengejar cita cita menjadi juara liga atau juara UCL.

Keluarga Glazer, selaku pemilik United juga ingin tahu sama ada Zidane sedia untuk memacu projek yang dimulakan oleh Ole Gunnar Solskjaer ini bermula di pertengahan musim.

Zidane merupakan pemenang 3 UCL sebagai pengurus, dianggap calon paling layak menguruskan United. Lebih lebih lagi adanya pemain seperti Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo yang menjadi pemain pentingnya di Real Madrid.

Namun bukan mudah untuk mendapatkan Zidane kerana pengurus itu dikatakan sedang menunggu Didier Deschamps mengosongkan jawatannya di Perancis selepas Piala Dunia.

Oleh itu United perlu menawarkan tawaran yang benar benar sukar ditolak oleh Zidane.

Baca yang lain