[VIDEO] Fred Berdangdut Selepas Melencongkan Gol Kemenangan Pertama Era Ralf Rangnick

Fred seringkali menerima kritikan daripada peminat Man United. Malah ada yang melabel Fred sebagai anak Ole. Mana tidaknya, pemain itu sentisa menjadi pilihan utama Ole tak kira apa jua keadaan.

Ralf Rangnick memulakan eranya di Manchester United. Walaupun sebagai interim, namun Rangnick akan menjadi orang penting dalam pembentukan dan pembangunan DNA pasukan Manchester United selepas ini.

Lawan United yang pertama era Rangnick adalah Crystal Palace yang seringkali menyusahkan lawan mereka.

Bertempat di Old Trafford, Man United memulakan perlawanan dengan high pressing dan menguasai bola. Aspek yang ditekankan Rangnick sebelum ini. Di mana dalam sidang media pertamanya, dia menjelaskan bahawa aspek penguasaan bola dan mengawal permainan sangat penting.

Semasa wawancara dengan wartawan Manchester United, Stewart Gardner, pengurus interim  United yang baharu itu diminta menjelaskan pendekatannya kepada peminat bola sepak Inggeris.

Ragnick berkata: “Apa yang saya maksudkan, dalam bola sepak ini semuanya berkaitan dengan penguasaan.”

“Jika anda mahu memenangi perlawanan, anda perlu menguasai perlawanan tidak kira sama ada pasukan lain telah mendapat bola atau anda menguasai bola itu pada pasukan anda.”

“Ini mungkin salah satu sasaran utama dalam beberapa minggu akan datang, untuk membantu pasukan mengawal permainan, dan sekurang-kurangnya menentang pasukan di kelompok teratas dalam beberapa minggu terakhir.

“Saya melihat perlawanan menentang Liverpool dan Manchester City, di Chelsea walaupun kami memenangi satu mata di sana, malah menentang pasukan seperti Watford, pasukan itu tidak mempunyai kawalan ke atas bola.”

“Mereka tidak mempunyai penguasaan ke atas permainan dan ini adalah sesuatu yang kami akan cuba capai selepas ini.”

“Sudah tentu, ini ada kaitan dengan apa yang kami lakukan apabila kami memiliki , dan apa yang akan kami lakukan apabila pasukan lain memiliki bola.”

“Dalam dua fasa itu, saya rasa penting untuk membangunkan pasukan dalam beberapa minggu akan datang.”

“Sebaliknya, kami tidak akan mempunyai masa latihan sebanyak itu, kerana kami bermain setiap tiga hari, jadi ia mengenai rakaman video, menggunakan bahan video sebagai alat penting untuk membangunkan pasukan, melatih otak dan pada masa yang sama menggalakkan pemain untuk melakukan perkara yang betul.

“Saya fikir adalah penting untuk memenangi perlawanan pada peringkat pertama, dan kemudian langkah demi langkah membangunkan pasukan ke arah yang betul.”

Man United tampil dengan lebih intensif dengan dua fullback terlibat aktif dengan serangan.

Aksi separuh masa pertama United sangat bagus. Namun mereka agak kendur pada separuh masa kedua.

Dari awal lagi masalah United dalam perlawanan ini adalah kreativiti dan ketajaman.

Walaupun ada Rashford, Sancho dan Ronaldo, United masih gagal menembusi gawang Palace.

Fred penjaring gol kemenangan pertama era Rangnick

United kemudian kelihatan mungkin terpaksa berpuas hati dengan seri dan 1 mata. Tetapi pastor Fred memastikan Rangnick menikmati kemenangan pertama diriingi sorakan Old Trafford yang menggila.

Dalot melakukan maneuver di kanan dan kemudian melakukan killer pass kepada Greenwood.

Greenwood yang masuk sebagai pemain gantian, tidak ada ruang untuk meneruskan kemaraan dan melihat Fred meluru memberikan sokongan dari depth.

Lalu Kayu Hijau melorongkan bola leret yang terus dipancung kilas oleh Fred untuk menghasilkan lencongan yang melemaskan Guaita.

Gol secantik itu seharusnya tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa keraian power. Lalu Fred menunjukkan bakat dangdutnya persis Iwan bersama dengan Alex Telles.

Saksikan momen itu di sini:

Man United menang tipis 1-0 namun ada beberapa aspek permainan mereka jelas sangat memuaskan. Tetapi masih ada banyak kerja perlu dilakukan.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan