[VIDEO] Gattuso Awalnya Tersenyum, Tiba Tiba Mengamuk Dekat Pemain Sendiri

Satu video tular menunjukkan bagaimana pengurus Valencia, Gennaro Gattuso mengamuk kepada pemainnya sendiri Mouctar Diakhaby selepas pemain pertahanan itu berkata sesuatu di bangku simpanan.

Gattuso awalnya cuba meminta pengadil untuk tidak melayangkan pemainnya itu kad merah dengan wajahnya tersenyum ke arah pengadil.

Diakhaby ketika itu berada di bangku simpanan sudah ada 1 kad kuning. Dia mengatakan sesuatu kepada pengadil yang membuatkan pengadil terpaksa mengambil tindakan.

Gattuso kelihatan cuba menenangkan pengadil dan hanya tersenyum sebaik sahaja pengadil kekal dengan keputusan untuk melayangkan kad merah kepada pemain itu,

Gattuso sendiri dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil.

Selepas itu, Gattuso mengamuk dan memaki hamun Diakhaby di bangku simpanan sambil menyepak tong air. Diakhaby hanya terdiam dan tidak berkata apa apa lagi.

Gattuso mungkin bengang, tak pasal pasal dia pun terlibat sekali dalam situasi tersebut.

Kad merah Diakhaby adalah salah satu daripada tiga kad merah dalam perlawanan yang penuh panas antara Osasuna dan Valencia. Unai Garcia dan Ruben Pena turut dibuang padang untuk tuan rumah.

Manakala penyerang Osasuna, Chimy Avila dan pemain baru Valencia, Edinson Cavani, kedua-duanya terlepas sepakan penalti dalam perlawanan penuh drama.

Valencia menang 2-1 dalam perlawanan tersebut. Yang merupakan kemenangan pertama Valencia di tempat lawan sejak Gattuso mengambil alih tugas pada Jun.

Baca yang lain