[VIDEO] Gol Debut Amad Diallo Meneruskan Rekod Tak Masuk Akal Sentuhan Pertamanya

Amad Diallo rasminya dipinjamkan ke Rangers. Kelab gergasi Liga Perdana Scotland. Pemain Manchester United berjaya menjaringkan gol pertamanya, hanya menerusi percubaan pertamanya di atas padang.

Ianya dianggap rekod luar biasa. Namun lebih luar biasa apabila memikirkan bahawa itu bukan kali pertama dia menyumbang kepada gol menerusi sentuhan pertamanya.

Ketika bersama Atalanta, Amad Diallo diberikan debut pada 27-10-2019. Ketika itu skuad Atalanta bermain menentang Udinese. Pemain tersebut berjaya menjaringkan gol selepas dia dimasukkan dari bangku simpanan.

Amad melakukan sentuhan pertama dan terus menghasilkan gol pertama. Itu adalah sentuhan pertamanya dalam aksi bola sepak profesional. Hanya dilakukan dalam masa enam minit selepas dia masuk ke dalam padang.

Amad Diallo kemudian menyertai gergasi Liga Perdana Inggeris, juara 20 kali England iaitu Manchester United. Dan beliau melakukan rekod yang serupa. Kali ini dalam aksi Liga Europa. Di mana Amad Diallo masuk sebagai pemain gantian pada aksi UEL menentang AC Milan pada 11 Mac 2021.

Hanya selepas 4 minit selepas dimasukkan, Amad Diallo berjaya menghasilkan gol, juga menerusi percubaan pertamanya untuk kelab tersebut. Perlawanan berakhir dengan 1-1 pada hari itu. Dengan Amad Diallo menyelamatkan Red Devils daripada kekalahan.

Amad Diallo meluru ke dalam kotak penalti dalam situasi tanpa bola dan menanduk masuk.

2 bulan kemudian, Amad Diallo berjaya melakukan assist pertamanya untuk Manchester United dalam aksi berdepan dengan Leicester. Pada hari tersebut Man United kalah 1-2. Mungkin sebab itu, pencapaian ini tidak terlalu digembar gemburkan.

Amad Diallo melakukan assist hanya menerusi ciptaan peluang pertama yang beliau lakukan untuk Man United.

Amad Diallo dan ‘yang pertama’ berterusan di Scotland pada 29 Januari 2022. Ketika aksi antara Ross Counte dan Rangers. Amad Diallo melakukan percubaan pertamanya bersama Rangers hanya selepas 5 minit aksi tersebut.

Dan percubaan pertama beliau untuk Rangers terus menghasilkan gol pertamanya untuk kelab tersebut.

Amad Diallo meluru ke dalam kotak penalti dan dengan mudah menolak masuk bola.

Rekod lain beliau adalah ketika melakukan debut untuk Ivory Coast. Di mana Amad Diallo berjaya menjaringkan gol dalam aksi di hadapan penyokong Ivory Coast.

Amad Diallo merupakan pemain prospek yang baru berusia 19 tahun. Beliau sudah menempa nama di Serie A dan kemudian menyertai kelab gergasi Manchester United pada usianya yang sangat muda.

Bercakap tentang peluangnya untuk menyerlahkan bakat dan membangunkan lagi dirinya ketika dipinjamkan ke Rangers, Amad Diallo berkata: “Ia merupakan sesuatu yang amat hebat sekali kepada saya pada usia sebegini apabila dapat mengembangkan karier bola sepak saya.”

Amad Diallo akan bermain untuk Rangers sepanjang baki musim ini sebagai pemain pinjaman dan tiada opsyen beli tetap diletakkan dalam perjanjian tersebut. Kerana Man United masih benar benar percayakan bakat pemain muda Ivory Coast itu untuk projek kelab di masa akan datang.

Amad Diallo menyatakan bahawa dia sudah tak sabar untuk beraksi dengan kelab yang gah di Scotalnd dan dikenali di peringkat global itu.

“Rangers bukanlah satu nama baru dalam arena bola sepak di Scotland dan antarabangsa, saya sudah tak sabar dan teruja untuk menggunakan peluang yang ada bersama dengan sebuah pasukan yang sarat dengan tradisi kejuaraan Scotland.”

Berdasarkan laporan oleh Goal, tanda harga untuk Amad Diallo ketika ini adalah GBP37 juta. Angka yang pastinya amat tinggi untuk pemain yang baru berusia 19 tahun.

Baca yang lain