[VIDEO] Gol Lencongan ‘Clean Hit’ Daripada Insigne Yang Memukau

Lorenzo Insigne tampil dengan aksi luar biasa ketika berhadapan dengan Turki pada aksi pembukaan Euro 2020.

Beliau menjadi arkitek penting yang memberikan ancaman berterusasn kepada Turki dari bahagian sayap.

Insigne juga meneruskan rekod cemerlangnya dari segi sumbangan langsung kepada gol. Di mana beliau menjaringkan satu gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Turki.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Itali mereka skor 3 gol dalam satu perlawanan Euro.

Selain itu, Lorenzo Insigne kini sudah menjaringkan 5 gol dan 7 assist daripada 12 perlawanan bersama dengan Itali.

Sepanjang perlawanan Insigne melakukan 74% hantaran tepat dengan 31 hantaran di zon serangan.

Walaupun berbadan kecil, Insigne merampas semula penguasaan bola sebanyak 7 kali. Dari segi percubaan gol, beliau melakukan 5 percubaan, 2 tepat dan 1 gol.

Sementara dari aspek kreativiti, Insigne melakukan 3 ciptaan peluang.

Ianya malam untuk diingati buat Insigne yang membantu pasukannya memulakan kempen Euro kali ini dengan bergaya sekali.

Paling menarik adalah gol ketiga yang dilakukan Insigne. Beliau beberapa kali cuba melencongkan bola ke far post. Namun gagal.

Akhirnya pada minit ke-79, Insigne melakukan lencongan yang tepat dan clean. Dia membengkokkan badannya dengan standing foot dia yang dipasak kemas.

Lihat di sini bagaimana dia melakukannya:

Ianya memang salah satu kepakaran Insigne di atas padang. Oleh itu pertahanan pastinya sedar bahawa ruang yang sedikitpun dia mampu melepaskan percubaan bahaya itu.

 

 

Baca yang lain