[VIDEO] Hari Pertama Luis Diaz Di Kirkby: ‘Tingginya Virgil, Macam Ni Ha’

Liverpool FC telah memuat naik video tentang perjalanan Luis Diaz ke Kirkby. Pemain tersebut turun dari jet peribadi milik kelab dan kemudian terus masuk ke dalam kereta yang menuju ke kompleks sukan Liverpool FC.

Pemain yang berasal Colombia itu dibeli Liverpool dengan nilai £49 juta dari FC Porto.

Ketika memasuki perkarangan kompleks, orang pertama yang bertemu dengan beliau adalah Andy Robertson dan seterusnya Virgil Van Dijk. Kemudian Dias disapa oleh Klopp dan pembantunya dengan ramah sekali.

Dias turut bersembang sembang dengan Klopp menyatakan dia gembira tiba di Liverpool. Sambil memberitahu betapa tingginya Virgil Van Dijk. Namun Dias mengagumi Van Dijk, walaupun macam hantu galah, namun sangat pantas.

Sebagai perbandingan, Diaz berketinggian 178 sentimeter. Manakala Virgil Van Dijk pula tingginya adalah 193 sentimeter.

Dias meneruskan aktiviti lain termasuk sesi bergambar dan masuk ke bilik persalinan buat pertama kali. Melihat loker dengan jersi 23 miliknya.

Tidak lama kemudian, Dias melakukan pemanasan badan bersama dengan pembantu Klopp. Dan melakukan latihan ringkas di Kirkby secara berseorangan.

Saksikan video di sini:

Rekrut jangka panjang

Liverpool menganggap rekrut Diaz ini sebagai rekrut untuk jangka masa panjang. Dan diharap akan memberikan impak segera dalam pasukan utama. Diaz berkata: “Saya komited untuk tersedia pada hari ini, pada hari pertama saya di sini. Saya sudah berlatih sedikit pada hari ini, saya sudah berada di padang latihan dan di gimnasium.”

“Mindset saya sudah ditetapkan untuk bersedia membantu pasukan saya dan menyumbang kepada pasukan. Saya tersedia untuk dipilih pengurus dan kejurulatihan, bila bila masa mereka perlukan khidmat saya. Saya sudah bersedia untuk pergi ke mana sahaja.”

“Bagi saya, ini adalah pasukan yang sempurna, itu yang menjadi faktor dalam saya membuat keputusan untuk datang ke sini. Saya kenal gaya permainan pasukan ini, dan berharap ianya akan dapat membantu saya dengan banyak.”

“Ini adalah momen paling penting untuk saya, dan sekarang ini fokus adalah untuk berkerja 100%, itu perkara pertama, agar dapat menyediakan diri menjadi pemain yang cergas untuk perlawanan. Dengan itu barulah saya boleh beraksi dengan baik di atas padang.”

“Saya rasa saya boleh memberikan banyak sumbangan kepada pasukan ini dengan skil, kelajuan dan teknik saya dengan bola serta kemampuan saya menggelecek. Saya rasa, itu antara beberapa kekuata saya. Saya juga boleh menjaringkan gol. Sebagai tambahan, saya mahu menghantar mesej salam perkenalan kepada penyokong. Dan harap jika kamu berterusan menyokong pasukan seperti mana yang kamu lakukan selama ini, saya akan memberikan 100% yang ada pada duru saya untuk membantu pasukan ini dan berharap dapat menggembirakan anda semua.”

Terlalu awal untuk debut dalam perlawanan Piala FA

Jurgen Klopp menyatakan bahawa beliau tidak mahu terburu buru untuk memberikan debut kepada Diaz dalam aksi berdepan dengan Cardiff.

“Itu terlalu awal, saya tak pasti. Kalau dia berada di sini pada Khamis, mungkin saya akan mempertimbangkannya, namun untuk ini, saya tak pasti.”

“Berikan saya sedikit masa untuk berjumpa dan bertanya dengan dia, macamana dengan 2, 3 hari dia di sini. Sebab bukan mudah untuk duduk di Paris menunggu dokumen dan benda benda macam itu, Ianya bukan masa terbaik dalam hidup kamu. Ianya tidak membantu kamu daripada pemulihan selepas 2 perlawanan intensif dengan Colombia dan kemudian perjalanan yang sangat jauh. Jadi, kita kena tengok nanti.”

“Saya tidak kata tidak, kerana saya pun teruja nak dia beraksi di depan penyokong Anfield yang sudah sold out tiket dia.”

Baca yang lain