[VIDEO] Hatrik Jota Di UCL Hanya Selepas 35 Hari Bergelar Pemain Liverpool

Diogo Jota mempamerkan salah satu aksi terbaik dalam kariernya semalam ketika beraksi berhadapan dengan Atalanta.

Di mana pemain antarabangsa Portugal itu menjaringkan hatrik sulungnya dalam UCL bersama dengan Liverpool.

Agak menarik kerana Jota baru sahaja bergelar pemain Liverpool 35 hari yang lalu.

Dan kini beliau sudah menjaringkan 7 gol dalam kariernya bersama dengan The Reds.

Hatrik Jota

Dikenali dengan gaya permainan yang tenang dan klinikal, Jota membuka tirai jaringan pada minit ke-16. Di mana beliau dengan licik menewaskan Sportiello.

Menjadikan Diogo Jota sebagai pemain kedua menjaringkan gol dalam dua penampilan pertama dalam kesebelasan utama pada aksi UCL – selepas Robbie Keane pada 2008.

Jota dengan lincah dan tajamnya melepasi perangkap ofsaid dan kemudian melakukan chip mengatasi penjaga gol.

 

Gol kedua Jota muncul pada minit ke-33. Dan kali ini ianya lebih cantik. Wonderstrike selepas menerima bola daripada Joe Gomez.

Jota melakukan trap control dengan first touch sempurna untuk eliminating pertahanan di depannya.

Jota tanpa berfikir panjang seperti Curtis Jones – terus Jota merembat deras leret ke near post.

Gol yang penuh berseni dan sangat kemas daripada pemain Portugis tersebut.

Berikut adalah catatan statistik Jota pada separuh masa pertama.

Enam kali beliau menerima menyentuh bola dalam kotak penalti. Melakukan 3 percubaan ke arah gol dan kesemuanya tepat belaka sobak.

Dan tak lupa, menjaringkan dua gol yang klinikal.

Pada separuh masa kedua Liverpool menambah satu lagi gol seawal minit ke-47, kali ini menerusi Mohamed Salah.

Salah yang berlari solo menyempurnakan serangan balas telah menciduk penjaga gol lawan. Kelajuan Salah terlalu sukar untuk dikekakng pemain lawan.

Belum sempat pun peminat Atalanta menarik nafas untuk bertenang, Sadio Mane menambah satu lagi gol.

Mane menerima bola daripada Mo Salah dan terus melakukan percubaan tepat menewaskan penjaga gol lawan.

Pada kedudukan 4-0, Liverpool terus memburu gol. Dan hasilnya, Diogo Jota melengkapkan hatriknya dan gol kelima Liverpool.

Jota melakukan early run yang dikesan Mane. Mane melakukan killer pass yang terhubung dengan sebaiknya dengan Jota.

Jota melakukan sentuhan ringkas melarikan bola daripada penjaga gol dan kemudian merembat kemas bola dalam keadaan pintu gol ternganga.

Dengan hatrik itu maka Jota pastinya membawa pulang bola perlawanan ke rumahnya.

Syabas kepada Diogo Jota!

Jota atau Firmino?

Prestasi cemerlang Jota pastinya membuatkan ramai mulai membandingkannya dengan Firmino.

Prestasi cemerlang Jota itu mengukuhkan lagi namanya dalam pertimbangan untuk kesebelasan utama.

Sebelum ini Jota sudah menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan termasuk gol kemenangan.

Lantas ramai yang percaya Diogo Jota harus bermula di kesebelasan utama dan bukannya Roberto Firmino.

Rekod gol Firmino dalam beberapa perlawanan terakhir telah membuatkan pemain itu menjadi sasaran.

Wartawan turut bertanya kepada Klopp tentang isu pemilihan pemain beliau selepas ini. Adakah beliau akan berada dalam dilema dan sakit kepala dalam pemilihan pemain?

Klopp menegaskan prestasi terbaik oleh mana mana pemain, adalah sentiasa bukan satu masalah yang membuatkan beliau sakit kepala.

Ianya adalah perkara yang bagus. Klopp juga tidak selesa dengan pihak yang mengkritik Firmino pada hari meraikan kecemerlangan Jota.

“Persembahan yang baik tidak pernah membuat saya sakit kepala. Untuk malam ini, itulah keputusannya, ”kata Klopp.

“Sudah jelas bahawa malam ini masuk akal untuk menggunakan kondisi terbaik Diogo dan kerana cara Atalanta bermain dan bertahan, jadi skill Diogo masuk akal [untuk beliau digunakan dalam perlawanan ini].”

“Tetapi, itu tidak bermaksud apa-apa.”

“Dunia kadang-kadang adalah tempat yang sangat kejam, sehingga pada saat seseorang bersinar maka kita segera bercakap mengenai pemain lain yang bermain untuk kita – rasanya – 500 permainan berturut-turut.”

“Kami tidak akan berada di Liga Juara-Juara Eropah jika Bobby Firmino tidak bersama kami.”

“Dan segera saya harus menjelaskan mengapa dia tidak berada dalam pasukan. Dia akan berada dalam pasukan.”

“Ramai orang di dunia, jika anda bertanya kepada mereka apa yang membuat Liverpool istimewa pada hari tertentu, mereka akan mengatakan, ianya kerana cara Firmino bermain.”

“Dia memang melakukannya, pada hari yang bagus, ini bukan kenyataan untuk membela.”

“Bagi kami, adalah sangat penting untuk kami mempunyai lebih daripada 11 pemain dan malam ini Diogo menggunakan bentuknya [shape] dengan cara yang luar biasa dan memainkan permainan yang hebat sekali.”

“Tetapi itu tidak ada kaitan untuk bercakap mengenai Bobby dan tidak ada kaitan dengan sakit kepala [dalam memilih siapa yang patut bermain].”

“Saya lebih gembira pemain saya bermain seperti mereka bermain malam ini.”

Roberto Firmino telah menjadi pemain sistem dalam pasukan Jurgen Klopp. Beliau merupakan deep lying forward yang dikenali dengan kemampuannya melengkapkan sistem permainan.

Firmino menjadi pemain yang membantu Liverpool menjulang kejuaran UCL dan EPL sebelum ini.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang