[VIDEO] Kecewa Freekick Kaki Kiri Tak Masuk, Santi Cazorla Tukar Kaki Kanan Dan GOL!

Santi Cazorla seringkali dianggap sebagai bakat yang underrated ataupun kurang diberikan pujian walaupun dia sebenarnya sangat luar biasa.

Salah satu kekuatan Santi Cazorla adalah, pemain itu tidak memiliki kaki lemah ketika menyepak bola.

Santi Cazorla pernah bermain untuk Arsenal selama 6 tahun dan kembali semula ke Villarreal pada 2020. Kini dia bermain untuk Al Sadd pada usianya 37 tahun.

Ketika di Qatar, dia terus menunjukkan bakatnya dengan keupayaan teknikal yang luar biasa sebagai pemain 2 kaki sebenar ataupun 2 footed player yang digunakan dalam terma bola sepak untuk merujuk kepada pemain yang memiliki keupayaan menyepak bola pada kualiti yang sama dengan kaki kanan atau kiri.

Santi Cazorla membantu pasukannya menang 4-0 ke atas Al Sailiya dalam Piala Ooredoo. Dia menjaringkan gol kedua dengan sepakan percuma pada minit ke-75.

Sebenarnya, sebelum gol dengan sepakan percuma kaki kanan itu, dia telah melakukan sepakan percuma dengan kaki kiri dari luar kotak penalti. Namun dia gagal menjaringkan gol.

Lantas, pada kesempatan kedua dia menukar menggunakan kaki kanannya.

Dia berjaya menjaringkan gol pada kali ini. Walaupun bola terbias pada penjaga gol yang lambat memberikan respon.

Saksikan di sini:

Peminat bola sepak terus mengagumi keupayaan Cazorla dalam menggunakan kedua dua belah kakinya di atas padang. Mereka menganggap ianya keupayaan yang luar biasa dan kurniaan yang tidak ramai miliki.

Ini bukanlah perkara yang luar biasa untuk seorang Santi Cazorla. Ketika di Arsenal dia seringkali menukar nukar kaki yang akan digunakannya ketika bola mati terutama sekali sepakan penjuru.

Walaupun memiliki bakat yang luar biasa, dia sebenarnya terhalang kerana kecederaan yang berpanjangan melandanya.

Malah pernah melalui pembedahan yang mengerikan sehingga hampir menamatkan kariernya.

Santi Cazorla juga mungkin agak kurang bernasib baik kerana sezaman dengan pemain seperti Xavi, Xabi Alonso, Xavi Hernandez atau David Silva sekalipun, yang sangat ranum pada era mereka di Sepanyol.

Apa yang pasti, dia adalah tipikal pemain yang sangat sangat berbakat ddan tiada siapa yang boleh menafikannya.

Baca yang lain