[VIDEO] Keeper Berdiri Di Kanan, Neymar Rembat Tak Masuk

PSG menyerahkan mahkota kejuaraan mereka kepada Lille pada hari terakhir Ligue 1. Ianya bukan perkara yang mudah diterima peminat mereka selepas berbelanja besar berbanding dengan pasukan pasukan lain di Ligue 1.

Bukan itu sahaja, pada hari mereka menyerahkan kejuaraan liga, Neymar melakukan miss penalti yang paling teruk dalam kariernya.

Penjaga gol Brest, Larsonneur berdiri di sebelah kanan ataupun kiri pandangan Neymar. Pemain asal Brazil itu diberikan peluang oleh Larsonneur

Neymar yang melihat ruang yang diberikan cuba untuk melakukan rembatan rendah ke sisi tersebut. Namun ianya bertukar menjadi tragedi. Neymar gagal menyempurnakan penalti itu.

Kegagalan Neymar itu adalah gambaran sebenar kempen PSG musim ini dalam saingan Ligue 1. Mereka menukar pengurus pada separuh musim.

Neymar kebiasaannya sangat boleh harap dalam melakukan rutin penalti. Tetapi kali ini beliau gagal melakukannya dengan cara yang sangat pelik.

PSG menang dalam aksi berdepan dengan Brest. Gol sendiri oleh Roman Favre dan juga rembatan Mbappe membolehkan PSG merekodkan kemenangan.

Namun tidak mampu untuk menghalang Lille daripada menjuarai Ligue 1 selepas pasukan tersebut turut menang dalam aksi mereka.

PSG pastinya meratapi kegagalan mereka tewas kepada pasukan underdog seperti Lille.

Sebagai perbandingan, PSG membayar GBP202.5 juta semusim khas untuk gaji pemain mereka sahaja berbanding dengan Lille yang hanya membelanjakan GBP25.2 juta untuk membayar gaji pemain mereka dalam semusim.

PSG menang Piala Perancis musim ini. Namun ianya bukan kejayaan yang besar untuk mereka dengan mengambil kira skala pasukan mereka berbanding pasukan Ligue 1 yang lain.

Selain daripada terlepas Ligue 1, PSG turut gagal dalam kempen UCL mereka sekali lagi. PSG disingkirkan oleh Manchester City.

Sebelum ini hanya Monaco yang memecahkan dominasi mereka sejak 2013.  Lille berjaya menamatkan kemarau kejuaraan mereka sejak 2011.

Baca yang lain