[VIDEO] Klopp Kehairanan Dengan Analisis Wartawan Menyatakan Konate Man-marking Everton

Jürgen Klopp terkejut beruk ketika seorang wartawan menyatakan bahawa Ibrahima Konate bermain man marking ke atas Everton dana aksi suku akhir pertama Liga Juara Juara Eropah menentang Benfica.

Ibrahima Konate menjaringkan gol pertama untuk The Reds pada minit ke-17. Dan seorang wartawan mahukan penjelasan Klopp, kenapa dia mengarahkan pemain itu bermain man marking ke atas Everton.

Adakah kerana Klopp takut dengan kualiti serangan balas dan kualiti individu Everton Soarez. Wartawan tersebut menyatakan dia melihat sendiri di depan matanya, Konate melakukan man marking sepanjang perlawanan ke atas Everton.

Klopp kehairanan. Dan menyatakan bahawa itu tidak ada dalam perancangan pasukannya. Dan jika Konate melakukannya, bermakna dia sedang mengkhianati arahan taktikal.

Klopp menyatakan bahawa para pemainnya fokus kepada mengawal ruang dalam zonal marking. Jadi kadangkala ada pemain lawan yang akan masuk ke ruang tersebut dan cuba berlegar di sekitar pertahanan mereka untuk memberikan tekanan secara individu.

Itu biasa dalam bola sepak dan pastinya akan berlaku duel apabila ada pemain yang masuk ke dalam zon yang dikawal.

“Kamu nampak kami bermain man marking pada hari ini?”

“Ianya hanya boleh berlaku kalau Everton sentiasa berlegar di sekitar Konate, sebab kami bermain dengan mempertahankan ruang.”

Tambah Klopp lagi jika ada orang melihat mereka seperti bermain man marking, bermakna Liverpool bermain teruk sekali kerana tidak mengikut perancangan taktikal mereka.

Klopp berkata: “Kamu nampak kami bermain man marking? Maknanya kami bermain sangat teruk hari ini. Saya perlu tengok balik game ini. Jika dia benar benar melakukannya [man marking lawan] saya harus memastikan itu tidak akan berlaku lagi.”

“Ini kerana corak permainan kami adalah bermain menentang bola, bukan semata mata menentang Everton ataupun mana mana pemain lain [secara individu].”

“Ianya [man marking] tidak pernah ada dalam perancangan kami langsung. Saya akan tengok balik perlawanan ini. Jika benar kami melakukan man marking ke atas Everton, saya akan beritahu kamu sendiri sebelum perlawanan kedua. Itu tidak ada dalam perancangan kami. Tak!”

Dalam perlawanan yang sama, pemain berusia 22 tahun itu gagal melakukan clearance yang membolehkan Darwin Nunes menjaringkan gol. Namun bagi Klopp itu adalah sebahagian daripada proses pembelajaran bek tengah muda itu.

Wartawan kemudian bertanya tentang persaingan seterusnya adalah menentang Manchester City yang boleh menjadi penentu kepada kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Klopp berkata: “Sekiranya kami menang menentang City, yang sebenarnya tugas cukup sukar, saya fikir tiada siapa yang akan berfikir, ‘itu sahaja, ianya berakhir’, kerana kualiti lawan,” kata Klopp.

“Kami bermain sekarang akan menentang pasukan terbaik dunia tetapi kami akan mencubanya.”

“Semua orang tahu tentang kepentingan perlawanan seterusnya, tetapi selepas perlawanan ini akan ada perlawanan lain dalam pertandingan lain.”

“Jika jika anda tidak boleh menjadi yang pertama anda mahu menjadi kedua, jika anda di belakang maka anda mahu merapati mereka, jika anda sudah dekat anda mahu memintas.”

“Itulah keadaannya dan kami akan mencuba dengan sewajarnya [proper try].”

“Kami berada di suku akhir UCL, separuh akhir (Piala FA) dan semakin jauh anda melangkah dalam pertandingan semakin sukar cabarannya,” tambahnya.

“Perlawanan akhir Chelsea [dalam Piala Liga] adalah sangat sengit dan begitulah semua perlawanan akan berlaku mulai sekarang.”

“Sejak akhir Disember sudah jelas jika kami mahu mencapai sesuatu yang kami lebih baik memenangi semua perlawanan kami. Ini tidak mungkin, dan kita tahu itu, itulah sebabnya kita menumpukan perlawanan demi perlawanan.”

Baca yang lain