[VIDEO] Klopp Sempat Kecewa Dengan Shaqiri Melepaskan Hantaran Terlalu Awal, Tetapi Ternyata Silap

Liverpool berjaya menewaskan West Ham United 3-1. Salah satu daripada 3 gol Liverpool dihasilkan menerusi serangan balas segera.

Trent Alexander Arnold, Xherdan Shaqiri dan Mohamed Salah menjadi nadi penting untuk proses penyudah,

Separuh masa pertama berakhir dengan skor tanpa jaringan. Kesemua 4 gol dalam perlawanan ini dijaringkan pada separuh masa kedua. Tiga gol Liverpool, dua daripadanya daripada Mohamed Salah. Dan satu lagi menerusi Gini Winaldum.

Craig Dawson menjaringkan gol saguhati untuk pasukan tuan rumah.

Jom imbas bagaimana gol kedua Liverpool terhasil daripada serangan balas segera / fast break counter attack.

Ianya bermula daripada sepakan penjuru West Ham. Bola kemudian dikitar oleh Liverpool menjadi serangan balas.

Salah satu pendekatan paling biasa dilakukan Liverpool adalah menyerang balas menggunakan bola yang dikitar daripada transisi.

Liverpool kerap menggunakan sistem di mana mereka tidak mengeluarkan bola dengan clearances terus. Mereka akan cuba untuk menjadikan bola itu hantaran kepada rakan.

Taktikal ini ada risikonya tersendiri.

Bola yang dikitar kepada Trent Alexander-Arnold kemudian menghantar bola ke arah sebelah lagi kepada Xherdan Shaqiri yang melintasi garis tengah.

Shaqiri tanpa mengawal bola terus segera melakukan hantaran menerusi sentuhan pertama.

Bola Shaqiri itu luar biasa tepatnya. Namun tidak boleh dinafikan bahawa kawalan pertama Mohamed Salah menjadikan segalanya sempurna.

Salah mengawal bola dengan sentuhan pertama yang cantik dan kemudian melakukan sedikit tap menewaskan Fabianski.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp, terkejut dengan gol tersebut. Sebenarnya, Klopp menyatakan dia awalnya agak kecewa Xhaqiri melepaskan hantaran terlalu awal.

Tak sangka hantaran itu benar benar baik sekali dan luar biasa.

“Kamu kata jurulatih lebih arif, tetapi saya rasa Shaqiri menghantar terlalu cepat, tetapi nampaknya itu adalah hantaran yang sangat baik bukan? Sentuhan Salah juga luar biasa dan gol,” kata Klopp kepada BBC.

Mohamed Salah juga ditanya mengenai gol beliau itu. Bagi Salah, dia memang pernah melakukannya di pusat latihan untuk gol seperti itu beberapa kali.

“Ya, Shaqiri melakukan hantaran cantik dan datang tepat menemui saya. Saya juga suka berlatih gol seperti itu dan melakukan penyudah dengan kaki kanan dan kiri saya,” jelas Salah.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali