[VIDEO] Koln Menelan Penyingkiran Paling Sakit, Penalti Dibatalkan Pengadil Selepas VAR Kesan Adanya Sentuhan Tambahan

Jika tiada VAR, gol itu tidak akan sesekali dibatalkan. Itulah komen seorang peminat bola sepak ke atas penalti pemain FC Koln.

Pasukan Bundesliga tersebut tersingkir daripada DFB Pokal (macam Piala FA di England) di tangan pasukan divisyen 3, Hamburg dengan cara yang sangat pelik.

Jaringan pada masa kecederaan lewat perlawanan oleh Anthony Modeste telah mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Florian Kainz, yang masuk menggantikan Jan Thielmann pada masa ekstra, harus menjaringkan gol untuk memastikan pasukannya terus kekal bersaing dalam penentuan penalti ataupun tersingkir – jika dia gagal.

Pemain tengah itu dilihat melakukan penalti yang cantik dan tenang menewaskan penjaga gol Hamburg, Daniel Heuer.

Bola tersebut benar benar cantik ketika ianya masuk. Melayang dan menjunam. Segalanya nampak normal dan tiada yang pelik ketika gol itu dilakukan.

Selepas satu keraian gol sederhan, Kainz kemudiannya berjalan ke arah rakan rakannya di garisan tengah padang untuk menyertai mereka kembali.

Namun tiba tiba pengadil memberikan isyarat dia merasakan ada sesuatu tak kena pada penalti itu.

Para peminat kemudian tertanya tanya, kenapa gol itu dibatalkan? Kainz tidak berhenti ketika mengambil sepakan? Kerana peraturan penalti yang baru, pemain dilarang untuk berhenti untuk mengacah penjaga gol? Persoalan itu akhirnya terjawab. Kainz melakukan dua sentuhan sebelum bola masuk.

Pengadil, Daniel Schlager kemudian meniup wisel menamatkan perlawanan memberikan kemenangan kepada Hamburg. Ini selepas penalti Kainz dikira tidak sah.

Kainz terpinga pinga kenapa penaltinya dibatalkan. Rupa rupanya VAR mengesan kaki kirinya menyentuh bola terlebih dahulu sebelum bola masuk. Dia melakukan sepakan dengan kaki kanan. Dan ketika sepakan dibuat, bola terbias pada kaki kirinya.

Dalam peraturan sepakan penalti, pemain pelaksana hanya boleh melakukan satu sentuhan sahaja. Kecuali bola tersebut disentuh oleh pemain lain, baru mereka boleh menyentuh bola sekali lagi.

Tetapi untuk penentuan penalti, ianya bukan permainan terbuka. Jadi untuk melakukan penalti dengan seorang lagi pemain ala versi Cruyff – Jesper Olsen adalah tidak boleh.

Ini adalah penalti Cruyff-Olsen yang menjadi ikutan ramai pemain selepas itu termasuk Neymar-Mbappe dan Messi-Suarez.

Selepas mendengar penjelasan pengadil, para pemain Hamburg meraikan kejayaan mereka dengan girang kerana mereka berjaya mara ke suku akhir DFB Pokal.

Ketika pemain pemain Hamburg meraikan kejayaan mereka, pengadil perlawanan terus menerangkan bahawa dia perlu membatalkan gol itu. Pengadil juga membantu untuk memujuk dan menenangkan Kainz yang kelihatan sangat sedih dan kecewa.

Pengadil faham akan kesedihan itu namun dia tetap terpaksa menegakkan keadilan.

Akhirnya Kainz menerimanya dengan terbuka walaupun dia berasa bersalah kerana kesilapannya membuatkan pasukannya tersingkir. Dia baru sahaja menjaringkan gol dengan penalti yang tidak sah.

Kainz sebenarnya sedikit tergelincir sebelum melakukan sepakan, membuatkan kaki kekudanya [standing foot] menyentuh bola sebaik sahaja sepakan dibuat dengan kaki kanannya.

Pengulas perlawanan sempat berkata: “Itu betul betul cara yang paling teruk untuk tersingkir daripada pertandingan ini.”

Kainz berkata kepada wartawan selepas perlawanan: “Saya terperasan bahawa kaki saya tergelincir dan bola melayang dengan pelik sebaik sahaja saya melepaskan sepakan.”

“Sudah tentulah ianya detik paling pedih untuk saya dan pasukan serta kelab ini. Sebab kami ada perancangan yang besar.”

Saksikan detik malang itu di sini:

Ianya detik yang sangat mengecewakan buat Koln untuk tersingkir dengan cara sedemikian. Bersabarlah..

 

Baca yang lain