[VIDEO] Laporta Dan Auba Angkat Jempol Tanda Semuanya Dah Selesai

Peminat Barcelona menunggu di perkarangan kompleks kelab untuk mengetahui perpindahan deadline day melibatkan Aubameyang.

Pemain yang awalnya membuatkan Arsenal terkejut kerana dia tiba di Barcelona dan dilaporkan mengadakan rundingan dengan Barca tanpa pengetahuan kelab.

Selepas itu Aubameyang menafikan dia membuat rundingan dan berkata dia ke Barcelona kerana percutian keluarga. Beberapa jam kemudian Arsenal memberikan kebenaran untuk Barcelona berunding dengan Aubameyang untuk kontrak.

Namun rundingan gagal apabila Barcelona meminta Arsenal membayar sebahagian daripada gaji pemain tersebut kerana mereka meminjam Auba.

Auba ada gaji sekitar GBP350k di Arsenal. Arsenal menyatakan bahawa mereka tak mahu membayarnya dan tidak mahu ada kaitan dengan pakej bayaran gaji Auba sama sekali.

Kemudian rundingan dikatakan gagal. Tetapi beberapa jam selepas itu, Laporta menyatakan bahawa masih ada harapan. Dan peminat Barca kembali bersemangat. Seterusnya diberitakan Arsenal setuju melepaskan Aubameyang secara percuma ke Barca. Bermakna pemain itu akan melakukan rundingan terus dengan Barca tanpa melalui mereka.

Tidak pasti sama ada pemain itu dan Arsenal mencapai kesepakatan penamatan kontrak bersama. Kerana tidak dinyatakan.

Aubameyang masih ada baki kontrak bersama Arsenal sehingga musim hadapan. Lalu rundingan dengan Barcelona diteruskan semula.

Tersebar gambar Aubameyang berada di perkarangan pejabat Barcelona.

Kemudian tidak lama selepas itu Laporta mengangkat thumbs up ataupun angkat jempol kata jiran kita. Tanda rundingan sangat positif.

Kemudian Fabrizio Romano menganggap rundingan ini sudah dikira HERE WE GO! Ayat keramat untuk perpindahan yang dah jadi.

Ini disusuli dengan Aubameyang pun turut mengangkat jempolnya tanda segalanya sudah ok dan dia sedia diperkenalkan sebagai pemain Barca yang baharu.

Aubameyang sedia menerima penurunan gaji yang banyak bersama Barca berbanding dengan apa yang dia dapat di Arsenal.

Aubameyang mulai menjadi pemain dibekukan Arteta selepas masalah disiplin menimpanya dan dilucutkan jawatan kapten pada beberapa bulan lalu.

Aubameyang diminta untuk mencari kelab baharu. Arsenal mahu mengurangkan bil gaji mereka untuk mendapatkan pemain baharu.

Pierre Emerick Aubameyang menyertai Arsenal dari Borussia Dortmund. Dan dengan cepat menjadi pemain kesayangan di Emirates kerana kualitinya.

Beliau membantu Arsenal memenangi Piala FA. Juga memiliki 1 kasut emas EPL bersama Arsenal. Selepas memenangi Piala FA, Arteta memujuknya untuk terus kekal dan menawarkannya kontrak sangat besar. Lalu Auba bersetuju untuk setia dengan Arsenal meskipun banyak tawaran lain tiba.

Auba dilantik menjadi kapten Arsenal selepas Koscielny meninggalkan kelab mereka.

Dia kemudian merosot persembahannya selepas itu. Seringkali mempersiakan peluang terhidang dan berdepan dengan beberapa masalah disiplin.

Barca menjadi destinasi yang sesuai untuknya kerana kelab itu turut mencari penyerang no.9 baharu selepas terpaksa menerima persaraan Aguero kerana ada masalah dengan jantungnya.

Pemburuan penyerang oleh Barca sebelum ini menyaksikan mereka dikaitkan dengan ramai sekali penyerang. Dan akhirnya melihat Aubameyang sebagai calon yang baik. Barcelona mahu menyelamatkan musim mereka agar layak beraksi di UCL musim hadapan. Jika tidak, Barca akan dalam masalah lebih besar.

Barca turut mengesahkan kepulangan semula Adam Traore ke dalam pasukan mereka baru baru ini.

Apa yang pasti Auba telah mencatatkan rekod tak masuk akal. Menjadi penyerang paling klinikal selepas Arsenal kehilangan pemain seperti Van Persie dan Sanchez sebelum ini kepada seteru mereka.

Auba mencatatkan 92 gol daripada 165 penampilan dnegan 29 assist. Dia juga menjulang Piala FA dan sempat menjulang Dulang Perisai Komuniti.

 

Baca yang lain