Video Latihan McGregor Dilabel Menunjukkan Dia Dah Makin Slow

Conor McGregor telah dilabel lambat dan gemalai oleh peminat setelah menunjukkan ketepatan penumbuknya dalam video latihan baru.

Sebelum ini Mike Tyson dan Evander Holyfield memuat naik video latihan mereka. Dan komennya agak lumayan sekali deh. Ramai yang memuji dan ramai juga yang kagum.

Malah video tersebut mendapat perhatian daripada ramai bintang ternama termasuk Khabib Nurmagomedov dan The Rock.

Berbeza dengan Conor McGregor, di mana ramai peminat UFC yang merasakan dia sudah semakin slow, dan nampak berusia.

Pertarungan UFC McGregor yang seterusnya tidak diketahui lagi, tetapi dia tetap kelihatan segar bugar semasa lockdown. McGregor terus berlatih.

Dan baru-baru ini menunjukkan kondisi fizikalnya kepada peminatnya.

Dalam satu klip video yang dimuat naik dan disiarkan oleh peminat tegar / akaun peminat @TheMysticMacMob, ‘The Notorious’ dapat dilihat cuba menunjukkan ketepatannya dalam melakukan serangan.

Lalu pengguna twitter tersebut menggambarkan sebagai ‘kelihatan tajam / jitu’.

https://twitter.com/TheMysticMacMob/status/1268598863058931717

Namun di bawah rantaian balasan komen, ramai yang berpendapat sebaliknya.

Malah ramai yang memberikan respon terhadap klip tersebut dengan membandingkannya dengan legenda tinju Mike Tyson, yang baru-baru ini mengejutkan peminat di media sosial dengan serangan pantasnya bak peluru.

“Celah mana lajunya,” kata seorang lagi netizen.

Seorang lagi berkata: “Tak nampak pun?”

 

“Adakah dia semakin teruk? Itu tidak kelihatan mengagumkan, perlahan dan lembap. Usia ayah-ayah ni telah membawa kita semua pada suatu tahap, saya rasa.”

“Ini sarcasm (sindiran) ke?”

Namun ada yang menjelaskan bahawa latihan McGregor dalam video tersebut memfokuskan kepada kekuatan dan ketepatan tumbukannya.

Oleh sebab itu dia tak memofkuskan kepada kecepatan.

Ramai yang membuat spekulasi siapa lawan  McGregor dalam UFC selepas ini. Dengan presiden UFC Dana White baru-baru ini mewar warkan bahawa laluannya mungkin akan menghadapi pemenang di antara Khabib Nurmagomedov vs Justin Gaethje.

Gaethje menjadi juara kelas ringan UFC secara interim, dan setelah kemenangan mengagumkan ke atas Tony Ferguson dalam acara utama UFC 249 bulan lalu.

Bercakap di podcast Talk The Talk Eddie Hearn & Tony Bellew, White berkata: “Saya rasa perkara terbaik untuknya, saya tidak mengatakan inilah yang akan berlaku, tetapi pada pendapat saya, dia biarkan je pertarungan Gaethje-Khabib ini berlangsung dan dia akan melawan pemenang.”

“Saya rasa itu adalah langkah paling bijak untuknya. Tetapi, anda mengenalinya, mungkin dia ingin bertarung dahulu sebelum itu dan jika dia melakukannya, kita akan dapat tahu tu nanti. Saya rasa itu adalah langkah terbaik untuknya sekarang.”

Pertarungan terakhir Conor McGregor, berlangsung pada bulan Januari lalu ketika dia menewaskan Donald ‘Cowboy’ Cerrone di UFC 246.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah