[VIDEO] Lepas Sepak Terajang Orang, Pemain Ini Persoalkan Pengadil Beri Kad Merah

Nashville SC tewas 1-2 di tangan Real Salt Lake pada aksi Sabtu lalu. Di mana dua kali mereka ball watching dan dihukum oleh pasukan lawan mereka.

Tandukan minit kedua Bobby Wood pada minit kedua dan gol tap in jarak dekat Tate Schmitt pada minit ke-54 memberikan Real Salt Lake kemenangan dalam aksi MLS Western Conference.

Nasvhille sempat menyamakan kedudukan pada minit ke-25 menerusi Zimmermann.

Ia juga kekalahan 2 perlawanan berturut turut yang pertama buat Nashville sejak Ogos 2020.

Sebenarnya orang tak ambik kisah sangat pun pasal Major League Soccer ni. Namun berlaku insiden yang ganas dalam perlawanan ini.

Pemain tengah Nashville, Dax McCarty telah menyepak dan menerajang lawannya iaitu Tate Schmitt yang merupakan penjaring gol pasukan lawan.

Pengadil tiada pilihan lain selain daripada memberikan pemain itu kad merah.

Paling mengejutkan Dax McCarty dan kaptennya terkejut dengan keputusan pengadil dan mempersoalkannya. Menurut mereka, Dax McCarty memenangi bola dan tidak bersalah apa apa.

Adakah McCarty sudah hilang akal? Dia terang terangan menyepak lawannya. Korang lihat sendiri di sini:

Ramai peminat terkejut dengan tindakan ganas Dax McCarty yang dianggap pemain berpengalaman dan dihormati kerana kepimpinannya. Dia malah seringkali menjadi ketua pasukan Nasvhille.

Peminat MLS juga menyatakan bahawa sejak beberapa musim terakhir ini McCarty gagal mengawal emosinya.

Misalnya musim lalu, dia mencetuskan pergaduhan dalam aksi berdepan NY City FC. Pergaduhan tersebut menjadi besar di atas padang.

Dalam aksi berdepan dengan Real Salt Lake, McCarty bengang kerana lawannya asyik melengahkan perlawanan dan terbaring di atas padang terutama sekali ketika itu adalah masa kecederaan.

McCarty pasti sedar harga yang dia patut bayar untuk melayan emosinya yang tak stabil itu. Walaupun dia mempertikaikan keputusan pengadil. Dia seharusnya lebih bertenang dalam keadaan tersebut.

Dengan kemenangan itu, Real Salt Lake kini berada di tangga teratas selepas 3 kemenangan 1 seri daripada 4 perlawanan.

Sementara Nasvhille tersekat di tanggan kesepuluh dalam carta MLS Western Conference yang ada 14 pasukan – dengan 1 menang 1 seri dan 2 kali mereka kalah.

BACA JUGA: [Video] Pemain Muda Thailand Dapat 24 Jahitan Terkena Jurus Sok Ti Ala Tony Jaa Dari Lawannya

Seorang pemain muda di Thailand telah dipecat ataupun ditamatkan kontrak serta merta oleh kelabnya selepas melancarkan serangan yang luar biasa ala aksi Muay Thai Tony Jaa ke atas pihak lawan.

Gerakan itu digelar Sok Ti dalam disiplin Muay Thai. Ia juga dipanggil Sok Tat di beberapa wilayah di Thailand. Dianggap salah satu gerakan pemusnah paling bahaya. Ini kerana impaknya sangat kuat.

Ni haa orang putih ni ajar tips untuk melakukannya:

Selepas serangan Muay Thai itu, Bangkok FC terus menamatkan kontrak Aitsaret Noichaiboon selepas dia menyerang Supasan Ruangsuphanimit yang mewakili Universiti Bangkok Utara FC semasa perlawanan divisyen ketiga di Thailand pada Ahad.

Selepas disepak di kakinya oleh Ruangsuphanimit pada pada aksi di masa kecederaan, Noichaiboon yang pasukannya sedang ketinggalan 3-0, bengang dan bertindak agresif. Di mana lawannya telah melakukan pukul curi ke atas kakinya dan kemudian berlagak seolah olah tiada apa berlaku.

Dia meluru masuk ke padang dan tanpa banyak cakap dia terus melancarkan serangan menggunakan siku yang kuat sekali.

Noichaiboon segera dibuang padang oleh pengadil, ketika pemain dari pihak lawan mulai mengerumuninya mahu berlawan dengannya.

Pengadil dan pegawai perlawanan dengan cepat meredakan ketegangan tersebut daripada berlaku lebih banyak insiden tidak diingini.

Ruangsuphanimit dibawa ke hospital selepas serangan itu dan memerlukan 24 jahitan untuk merawat luka di mukanya.

Bangkok FC mengeluarkan kenyataan selepas perlawanan mengesahkan Noichaiboon telah dipecat oleh kelab itu. Apa sahaja alasannya, mereka tidak dapat menerima tindakan ganas oleh penmain muda tersebut.

“Bangkok FC ingin [mengambil] pendirian dan tidak menyokong tindakan itu,” kata kenyataan itu.

“Kelab telah membatalkan kontrak pemain itu. Kelab ingin mengucapkan takziah atas insiden itu dan akan melakukan segala yang mungkin untuk menghentikan perkara ini lagi.”

North Bangkok University FC juga mengeluarkan kenyataan selepas perlawanan, memberikan kemas kini mengenai keadaan Ruangsuphanimit.

“[Dia] telah menjalani pemeriksaan fizikal di Hospital Bangpakok-Rangsit 2 selepas pemain No 6 kelab Bangkok FC itu diserang di mukanya dengan sengaja,” kata kenyataan itu.

“Selepas berjumpa doktor [mereka] mendapati kawasan bibir atas mengalami luka yang teruk. Oleh itu, doktor telah menjahit sebanyak 24 jahitan untuk menutup luka tersebut.

“Kelab akan memberikan penjagaan dan tanggungjawab.”

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan